26feb2020 - Ambil darah di Klinik Manggatal

Hari ni kena datang klinik Manggatal utk ambil darah. Nanti 11 Mac kena dtg lagi utk tengok result ujian darah. 

Pagi tadi aku cek gula dlm darah, 6.4 bacaannya. Harap nanti ujian darah result dia tak jauh sangat. 

25feb2020 - Jam Spovan aku baru sampai

Sebulan baru sampai jam yang aku order kat LAZADA. Jam beli obersea katakan. Harga dia murah jer. Dekat RM60 jer tapi kalau beli kat luar, harga dia cecah 100 lebih. 

Jam ni ada Bluetooth. Boleh buat switch bluetooth utk ambik gambar, rekod kalori dan step serta jarak larian. Yg lain2 tu fungsi jam biasa lah. 

24feb2020 - Tun M letak jawatan PM

Tun M dengan rasminya meletak jawatan PM ke-7 tapi YDA mohon Tun jadi PM Interim dahulu sebelum ada PM baru. 

22feb2020 - Happy birthday anakku Hani Maisarah

Hari ni genap 16 tahun puteri sulung kami Nur Hani Maisarah. Maaf sayangku sbb beli kek kecik jer. Kami belom gaji. Beli kek tadi pon abah pinjam duit Ipan. Huhuhu... 

21feb2020 : 12.30pm - Solat Jumaat

Balik ambik anak di sekolah, mandi dan terus ke masjid. Singgah hantar Azraq dulu. Tghari ni cuaca terang dan panas. Tapu berangin gak. Ok skit la. Kalau tak berangin, terasa hawa panas giler tuh. 

Lepas solat jumaat, siap iman doa, aku cepat2 ke tandas. Sakit perut la plak. Sblm balik, naik masjid dulu. Ust. Wajid dan Rahimi tgh kira duit tabung. Aku tukar duit RM1.00 50 keping nak buat duit sekolah anak2.

Sampai umah, bini dah balik. Terus makan nasi. Lepas tu kami pergi ambik Irfan di TDM. Singgah Petron Jalan Lintas isi minyak. Bila nak jalan, kereta tak boleh start. Bateri weak. Sib baik ada yg sudi kasi jumper. OTW balik, singgah CKS Manggatal beli brg2 dapur sikit. 

21feb2020 - Tunggu anak2 balik sekolah

Tunggu anak2 balik sekolah. Hari ni Jumaat. Balik awal sikit sbb bapa2 dan anak2 lelaki nak ke masjid. Cuaca panas wooo... Cam tiada awan. Langit biru jer... 

21Feb2020 - Aku nak sambung balik blog ni dan buat cam diari

Pagi ni torrent movie lagi sambil convert video pasal cek gula dalam darah dan tekanan darah tinggi. Perut ada skit bual hal lagi. Pagi semalam sampai ke malam perut buat hal. Mungkin aku tak boleh makan cili sos kot. 

21Feb2020 - Aku bukan beruang panda

Aku bukan beruang panda. Aku manusia. Manusia yang dilahirkan ke dunia untuk jadi khalifah. 

21 Feb. 2020 - Sambung blog tertunda

Gambar semalam, si TamTam lepak ataa riba aku. Suka sangat dia tido atas riba. Nak bermanja la tu konon. Pagi ni, dia datang nak naik ataa riba aku tapi aku tak bagi sbb aku tau dia baru blepas berak. Hahaha... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...