2/4/2018 12.30pm - Ke Hospital Likas x-ray kaki zaujah

Tunggu kena panggil untuk di x-ray.
Tengahari, aku dan zaujah ke Hospital Likas. Mo check kaki zaujah yang terseliuh di TUNAS semalam.

Semalam, lepas hantar anakku Ahmad Iman ke asrama kami terus balik. OTW zaujah jalan ke kereta, kaki dia terseliuh sebab ada jalan tak rata. Pakai plak selipar yang tapak tu tebal skit, memang nak tergolek la. 

Buku lali dia bengkak. Malam, aku sapukan ubat dan gosok-gosok skit. Nak urut tak boleh sebab sakit sangat katanya. Cuba call kawan-kawan yang tahu sapa-sapa yang boleh mengurut tapi semuanya tak pandai dan ada yang pandai pun bukan bab kaki terseliuh. Urut untuk orang mengandung ada la. Jadi, aku tampal jer dengan Panaflex dulu.

Dalam surau di tingkat 6, Hospital Likas.
Lepas hantar Huda dan bagi beg untuk kelas KAFA kepada Irfan, kami terus ke Hospital Likas. Ingat nak singgah solat Zohor di MBR tapi aku terlajak terus ke HL. Jadi kami solat di surau HL je la. Sampai HL, aku turunkan zaujah kat kauter kecemasan. Dia pergi daftar dulu. Aku plak pusing-pusing cari parking. Banyak betul kereta. Alhamdulillah... dapat parking depan pintu masuk HL. Tak la aku menapak jauh sangat. Sebelah petak parking aku tu patut boleh parkign 2 kereta tapi sorang mangkuk ni parking kereta dia sampai 2 petak. Otak letak mana entah...

Selepas urusan di HL dekat jam 3.00pm. Terus balik umah. Lapar.... sampai umah aku makan roti dengan air milo dulu. Pastu masuk dapur kupas bawang besar dan potong lada kering dan rendam dengan air panas. Zaujah nak buat sambal nasi lemak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...