Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Bumi berputar siang dan malam
Pejam celik tak terasa aku
Masa berlalu begitu pantas
Masa tidak menunggu kita
Kita kena kejar masa
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini
Kini kita dipenghujung usia
Bergerak
Kita masih bernafas
Masih bertenaga
Berlagu hanyalah seketika
Kehidupan adalah sementara
Semuanya tidak kekal
Tinggal aku dalam kerugian
Kalau kita tak gunakan usia dan tenaga kita sebaiknya
kita akan kerugian
Dia pasti pegi
Kita (jasad) akan mati jua
Dia terus pergi
Kita tak akan hidup kekal selamanya
Selagi terikat satu janji setia
Selama kita hidup
Selagi kita beramal, solat dan berdoa
Selagi itu tercatit kisah semua
Segala amal perbuatan kita akan dicatat oleh malaikat
Tak kira baik atau buruk
Di sana kepastian akan menanti kita
Di alam kubur dan alam akhirat
Di alam kubur dan alam akhirat
Di situ tanda tanya
Di situ haluannya
Di situ tanda tanya
Di situ haluannya
Dipadang Masyar
Dipadang Masyar
Kita akan dihintung amal kita
Disini akan ditentukan kemana kita akan ditempatkan
Di Syurga atau Neraka ?
Antara kau aku ada satu rahsia
Segala perbuatan jahat dan baik
Segala masalah yang tidak diketahui di dunia
Pasti terbongkar di tarikh yang tersedia
Semuanya akan terbongkar di Padang Masyar
Tersenyum dan menangis satu antara dua
Kita akan ditentukan ke Syurga atau Neraka
Kita akan ditentukan ke Syurga atau Neraka
Selagi terikat satu janji setia
Selagi kita masih beriman
Dan beramal soleh
Taat pada suruhan agama Islam
Selagi itu tercatit kisah semua
Selama itulah Malaikat mencatat amal kebaikan kita
Di sana kepastian akan menanti kita
Ya, disana iaitu SYURGA pasti menanti kita
Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini
No comments:
Post a Comment