14/4/2018 - Sabtu yang penuh dengan aktiviti luar dan dalam...

Pagi :
Bangun nak solat Subuh aku pergi tengok air dalam tangki dahulu sbb semalam air kering. Tekanan rendah. Tengah malam baru naik masuk tangki slow2.


Alhamdulillah... air penuh tangki. Dapat mandi sepuasnya pagi ni. Lepas solat subuh, terus bukak laptop. Sambung kerja editing video semalam yang pasal kisah bini pertama Najib. Aku ambik bahan2 dalam blog dan Google jer gambar2 Najib yang lama2. Lepas tu terlelap.

Sedar dalam jam 8am lebih. Zaujah dah buat sarapan. Makan fries dengan nugget jer. Hehehe... Lepas tu aku sambung kerja ngadap laptop. Buat analisa revenue Youtube. Alhamdulillah... masyuk. Catatan melebihi yang bulan lepas. Banyak peningkatannya.

Zaujah dok mengemas di dapur. Aku nak kemas kat tepi rumah. Banyak barang2 aku kat tepi rumah tu yang berterabur. Kotak kena hujan. Habis koyak. Barang2 dalam tu pon ada yang rosak.

Lisa datang ambik laptop dia. Aku masuk rumah terus sarung jubah. Hahaha... Aku buat kerja tak berbaju sebab panas. Caj RM30 jer untuk install app dan check network dia.

Mana2 barang yang rosak aku masukkan dalam bekas kotak mesin basuh yang baru beli minggu lepas. Mana yang perlu dibakar, aku bakar kat belakang umah. Zaujah dok basuh baju kat dapur.

Tengahari :
Zaujah nak basuh baju sekolah. Aku suruh Irfan naik tengok air dalam tangki. Masih banyak atau dah berkurang. Air penuh lagi. Maknanya tekanan air dah ok. Boleh basuh baju sekolah. Nak mandi solat Zohor aku cukur rambut kasi botak. Lama tak membotakkan kepala nih.


Lepas mandi, solat... makan la plak... Zaujah masak ayam kurma dan goreng telur dadar. Siap makan, kami lepak2 ruang tamu sambil layan game Crossword Puzzle di HP. Aku dan zaujah terlelap. Sedar2 dah Asar.

Petang :
Lepas solat Asar kami ke Tunas nak melawat Iman. Masa kami nak keluar rumah dia dah call. Doak tanya kenapa lewat. Hehe... tunggu owang pompuan bersiap ler....


Lepas melawat Iman kami ke MBR. Malam ni kami solat Magrib dan Isyak disini sebab malam ni ada ceramah Israk Mikraj.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...