6/4/2018 9.30am - Sejam tunggu bungkusan di Pos Laju ( Laju la sangat... )


Asslamualaikum.....

Kabare semua hari ni.. Harap semuanya sihat-sihat sahaja. Seperti biasa setiap pagi hari persekolahan aku jadi supir menghantar anak-anak dan zaujah ke sekolah. Zaujah nakpergi sekolah dengankereta sendiri, kereta Atos aku belom siap lagi dibaiki.

Lepas hantar anak-anak dan zaujah ke sekolah, aku lepas SAR sekejap. Lepas tu balik rumah sebab nak masuk "bank". Hehehe... Pagi ni aku nak ke Pos Laju di KK sebab nak ambik bungkusan yang tak dapat dihantar semalam. Aku sampai Pos Laju KK dalam jam 8.35am. Terus pergi kaunter dan letak slip Poa Laju serta tunggu nama aku dipanggil. Ramai gak orang datang Pos Laju pagi ni. Kaunter buka jam 8.00am lagi. Sambil menunggu tu alu layan game di HP Samsung Note 3. Dalam jam 9.30am nama aku dipanggil. Alhamdulillah... Aku dah dapat barang yang aku order dari LAZADA minggu lepas. Patut awal lagi sampai tapi sangkut di Pos Laju. Tah apa yang membuat ia lambat sampai.

Aku terus balik umah dan bukak bungkusan tu. Skrin laptop kawan aku yang nak kena tukar hari tu. Aku order Online sebab beli di KK mahal sangat. Beza dekat RM100 lebih wooo... 

Aku buat rakaman LIVE cara-cara memasang/menukar skrin laptop ni kat Channel Youtube NoorSham76 Productions. Nanti nak copy dan upload juga kat Channel Youtube Warisan2u. Anda boleh tengok video tu dibawah ni.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...