Assalamualaikum wbt....
OTW balik rumah lepas hantar anak-anak dan zaujah ke sekolah, aku call bonda jap. Aku biasa call bonda pagi-pagi sebab aku tahu bonda memang ada kat umah dan selalu pagi-pagi dia dok depan TV layan rancangan Tanyalah Ustaz.
Kali ni au call sebab nak tanya camana nak masak "ikan ayo" aka ikan tongkol. Aku nak masak "gulai darat". Biasa kalau nak aku tak ada, abang aku yang angkat. Dia pun pandai masak. Jadi, aku tanya dia jer.
Mak aku terangkanlah serba sedikit pasal bahan-bahan dan cara-cara nak masak "gulai darat" tu. Okeh... Sampai dirumah, aku terus keluarkan ikan dari peti ais. Keras lagi. Ikan kami beli di Kudat ari tu.
Selesai borak-borak ngan bonda, aku ambik kain kotor dan masukkan dalam mesin basuh. Seronok membasuh kain sekarang sebab ada mesin basuh baru. Lepas tu nak baiki laptop kastemer plak. Ada cikgu sekolah zaujah bagi laptop minta aku check semalam. Pagi ni baru aku boleh tangok. Semalam tak sempat sebab sibuk urus itu ini. Lembab giler laptop ni nak boot. Pastu IE dia kluar link tah apa-apa plak tu. Nak bukak apa-apa apps pun lag. Aku install SMADAV dulu. Nak scan virus atau malware kalau-kalau ada yang dok mengacau. Sambil scan virus, kita update blog dulu....
Tu dia... Ada 7 ekor virus dapat ditangkap setakat ni la... dan ada beberapa kod registry yang kemungkinan dibuat oleh malware yang nak kena di buang.
Biasa kalau laptop/PC yang kena serangan virus atau malware ni, aku scan dan remove dulu. Lepas tu aku backup data dia dan reformat semula system. Kalau tak, dia jadi lembab giler sebab system windows dan kacau atau korup.
No comments:
Post a Comment