Assalamualaikum...
Salam subuh dan salam gelap... Blackout lagi... Adeshhh... Terus bangun cari HP utk dijadikan lampu penyuluh. Ambil beg dan turun ke bawah. Cari lampu suluh dulu. Aku memang standby lampu suluh dekat mejak komputer aku tu.
Masuk dapur, cari lilin. Mana plak lilin nih. Jumpa 2 batang dalam drawer. Lilin lama. Ok lah daripada tak ada tu. Aku kejutkan zaujah dan anak-anak untuk bangun mandi kemudian solat subuh.
Pagi ni kluar hantar zaujah dan anak-anak ke sekolah awal skit. Jam 6.05am dah jalan. Biasanya dekat kam 6.30am baru nak start enjin kereta. Huda ada kelas KOKUM hari ni jadi dia tak ke SAR. Lepas hantar zaujah ke Kolej T6, aku hantar Huda balik, lepas tu terus ke SAR. Nak jemput Ust. Idham. Kami nak ke KK, jumpa guru kami iaitu Ustaz ***** . Lama dah tak jumpa beliau. Last jumpa beliau ialah semasa beliau datang untuk kursus umrah yang aku anjurkan di Kg. Bandulan pada hujung tahun 2016. Beliau datang dengan anaknya jer. Kami jumpa di Restoran ***** di KK. Banyak hal-hal yang kami borakkan. Ada isu-isu dakwah dan politik semasa serta isu-isu penipuan dalam dakwah yang kami bual dan bincangkan.
Kalau ikutkan, semalam lagi beliau whatsapp aku tapi aku baca mesej tu dah lewat malam. Lepas Magrib, langsung aku tak bukak Whatsapp. Balik dari masjid pun dah dekat jam 9 malam lebih baru bukak. Bukan rezeki aku semalam untuk makan malam bersama beliau. Aku tak boleh dedahkan nama dan lokasi kami bertemu kerana masalah keselamatan beliau dan para jemaah yang lain.
Dalam perjuang untuk menegakkan dan mengembangkan agama Islam ni macam-macam dugaan dan cobaan yang perlu dihadapi dan ditempuhi. Kadang-kadang tu bukan ancaman daripapa mereka yang non-muslim tapi dengan orang Islam sendiri. Itu masalah besar... Masalah dengki, iri hari, sakit hati, tamak, tak boleh tangok orang lain berdakwah dengan elok, ada saja yang nak dihalangnya. Sedih aku dibuatnya. Tu belom masuk campur tangan politik lagi. Dan kalau diceritakan disini bahawasanaya ada juga non-muslim menggunakan sihir untuk mengagalkan misi dakwah ini. Allahuakhbar.... KAlau ada yang tak kuat, iman lemah, memang dah lama cabut...
No comments:
Post a Comment