4/4/2018 4.30pm - Bahang PRU14 makin terasa

4.30pm, seperti biasa aku menapak depan SKID tunggu anak bongsu aku balik sekolah. Hari ni aku ambik dia sorang jer sebab kakak dan abangnya sekolah pagi dan balik tengahari. Dia je sekolah petang.

Oh ya, cakap pasal PRU14 ni, bahang pilihanraya makan terasa apabila sudah banyak bendera-bendera parti dipacakkan di kampung-kampung dan juga tepi-teli jalan.  

Rakyat Malaysia dok ternanti-nanti pengumuman daripada PM, bilakah parlimen akan dibubarkan. Desas-desus mengatakan pada hari ini, 4/4/2018 dan adu juga mengatakan pada 6/6/2018. Kita tunggu dan lihat sahaja. Bila pun parlimen dibubarkan atau pada bila pun rakyat Malaysia mengundi, aku mungkin tak balik mengundi kali ini. Just wait and seee je lah.

Entahlah... Kalau aku dikampung, mungkin aku keluar mengundi kot. Tapi aku di Sabah. Nak balik mengundi nak kena beli tiket kapal terbang lagi. PRU13 dulu dapat la sponsor balik mengundi tapi dari KK ke KL jer. Dari KL balik ke Kelantan kena pakai duit sendiri. Aku balik dengan kakak aku. Aku tolong drive Viva kakak aku. Dia cuba minta claim perjalanan tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Kononnya boleh claim dengan parti-parti tertentu. Piiiraahhh... Semua tu mengarut. Orang tengah sapu habis...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...