11/4/2018 1.30pm - Servis printer Canon MP287

Semalam ada adik cikgu, kawan zaujah hantar printer untuk diservis. Aku check apa masalahnya. Setelah diteliti dan dicheck, kabel CISSnya tercabut didalam dan sangkut pada caridge katrij. Kena kasi bersih dan lekatkan balik dengan double sider tape. Lepas tu aku test print. Printhead katrij hitam rosak. Nak kena ganti baru. Roller dia pun kotor sebab ada dakwat yang bocor. Nak kena bersihkan. Tapi sebelum tu nak kena tanya owner dulu. Kena beritahu owner apa yang perlu ditukar dan dibaiki atau diservis serta berapa cajnya. Sebab, pernah saya servis printer kastemer sebelum ini, bila kisa dah siap servis dan bersihkan, kita bagitau harganya, dia terus cakap ngak jadi la baiki. Padahal udah dicheck dan dibersihkan. Katrij je belum ditukar. Dia datang ambil dan bleh tanpa tanya berapa yang perlu dibayar... Huhuhu...

Yang ini, saya Whatsapp kepada zaujah dia dia kasitau owner. Owner tu cakap ndak mahu baiki sebab saya caj RM150. Mahal katanya. 

Yang mahal itu katrij nya. Servis caj baru RM30 jer...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...