DIY Peti surat daripapada dawai jaring BRC bekas sarang arnab.




Peti surat rumah kami dah lama hilang. Kena curi atau jatuh tak tahu la. Tengok-tengok dah tak ada. Jadi, nak beli yang plaktik tak tahan lama. Ada lebihan dawai jaring BRC, saya reka buat peti surat.

Aku rekod video Time Lapse dengan Huawei P20 Pro. Lama gak aku rekod. Rasanya 1 jam pebih tapi bila siap, panjang video tu hanya 1 minit lebih. Hahahaha...

Hari Ke-2 Jadi Supir Anak-Anak, Masa Habis Atas Jalan Raya


Hari kedua persekolahan, aku dah rasa tak cukup masa kat umah. Nak buat itu ini maca tak sempat. Kalau sebelum ni sempat lagi pagi2 membuta lepas subuh tapi sekarang lepas subuh kena hantar anak-anak ke sekolah. Kalau lewat nanti sangkut dalam jem. Lagi hari biru ler... Anak-anak mesti boring dan marah kalau lewat sampai sekolah. Tapi kalai sebab mereka yang lambat, aku plak yang marah. Hahaha...

Biasa aku masak untuk lunch start jam 11.30 tapi skrg kena mula seawal jam 10. Awal pagi aku mengadap PC buat kerja-kerja edit video kalau ada. Ataupun aku akan layan komen di channel-channel YT aku.

Aku terOverdos ambil ubat tekanan darah tinggi

Kelmarin ter over dos ambil ubat darah tinggi. Sepatutnya aku ambil sebiji jer sehari. Satu biji 5mg. Tapi kelmari aku terlupa, terambil 2 biji. Satu pagi dan satu petang. Aku lupa yang aku dan makan ubat pada paginya. Jadi, malam tu aku rasa macam pening. BAru aku teringat yang aku ambil ubat tekanan darah tinggi 2 kali. Awal mula-mula doktor bagi ubat darah tinggi kat aku dahulu memang 10mg tapi lepas 2/3 hari makan aku rasa pening semacam. Jadi aku ambil separuh je sehari. Kira 5mg la sehari. Aku rasa ok. Pastu jumpa doktor, aku bagi  tahu la aku ambil 5mg jer sehari sebab kalau ambil 10mg, aku rasa pening. Doktor pun bagi la 5 mg jer sehari sampai la sekarang.
Esok paginya aku check tekanan darah. Alhamdulillah, ok tenanan darah aku.

Kalau dah ada penyakit darah tinggi ni memang kena ambil ubat setiap hari walaupun kira rasa ok sebab kadang-kadang tu rasa ok tapi bila check tekanan darah, punya la tinggi. Bahaya tau...

Hari Pertama Persekolahan Semasa PKPP



Assalamualaikum.... Hari ni hari pertama persekolahan selepas cuti PKP 3 bulan lebih. Sekarang PKPP, sekolah bermula pada 15 Julai 2020.

Awal pagi lepas subuh aku goreng nasi untuk bekal anak-anak bawa ke sekolah. Duit sekolah bagi RM5 seorang. Jam 6.00am aku dah kluar hantar anak2 ke sekolah.

Di sekolah rendah, ramai sudah budak-budak beratur masuk ke sekolah. Meraka akan diperiksa suhu badan dahulu. Mana yang suhu melebihi 37.5'C kena suruh balik.

Repair Wireless CCTV Camera


Aktiviti 14 Julai 2020, membaiki Wireless CCTV Camera yang rosak. Sejak PKP hari tu lagi. Dah 3 bulan dah la rasanya dia tak jalan. Tapi CCTV lain masih ada utk backup.


Tempat Riadah Terbaik di Kota Kinabalu


27 Jun 2020 - Kami ke Taman Awam Teluk Likas. Family Days Out.... Jogging la hari minggu. Kalau hari minggu, memang ramai orang datang jogging atau lepak-lepak tepi pantai nih. Kalau petang sampai malam lagi ramai sebab ada jualan makan-makan lagi. 

Ajak kawan-kawan musafir kami iaitu famili ust. Idham dan Hj. Rosmadi tapi mereka datang lewat. KAmi dah nak balik baru  mereka sampai. Jadi, ajak pergi sarapan sajalah kat Restoran Khalisa di UA Sulaman.













RM6.00 - Makan Sampai Puas di Restoran Nelayan, Taman Tun Fuad, Bukit Padang, KK, Sabah.


Lepas jalan-jalan keliling tasing di Taman Tun Fuad, kami tengok jam dah hampit jm 11.00am. Ada promosi makan kat Restoran Kampung Nelayan atas tasik. Kami tengok dah ada beberapa orang dok menunggu depan restoran yang belum bukak tu. Sambil tu, kami bergambar dahulu dan rehat untuk lepaskan penar berjalan. Dah nampak pekerja restoran bukan pintu, dan ada orang dah masuk, kami cepat-cepat pergi beratur sama.


【THE REAL ECONOMY RICE】
RM6.00 makan sampai puas. Pakej Rangsangan Ekonomi Kampung Nelayan, lunch beraneka pilihan hanya satu harga. RM6 - satu piring - your showtime. Makan saja sampai puas, asal jangan bazir.

📅 From 1st July 🕚 11AM - 2PM ☎️ 088-231003

T&C: (1) Bayar dulu, baru makan (2) Satu piring, kasi penuh (3) Air dan sup, sampai kenyang (4) Mahu tapao, +satu ringgit (5) Makan baru ambil, jangan buang bazir (6) Cuci tangan, virus jalan...






Abandoned Water World Theme Park at Taman Tun Fuad, KK, Sabah.



Semasa jalan-jalan keliling tasik di Taman Tun Fuad, aku sempat buat rakaman video pasal taman tema air @ Water World Theme Park di Taman Tun Fuad ni. 16 tahu dahulu aku pernah berkunjung ke sini  semasa wife aku mengandung anak pertama dan kali ke-2 semasa anak sulung berumur 5/6 tahun kalau tak silap. Aku cari gambar2 lama semasa kami datang mandi kat sini tapi tak jumpa plak. Nanti dah jumpa, aku update semua blog nih.

Water World Theme Park merupakan salah satu tempat menarik yang terletak di dalam Taman Tun Fuad Stephen Kota Kinabalu Sabah. Taman ini adalah taman rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga beriadah di hujung minggu atau ketika cuti sekolah.

Terdapat pelbagai permainan yang bertemakan air boleh dilakukan oleh pengunjung ketika berkunjung ke sini seperti meluncur yang amat sesuai untuk golongan kanak-kanak dan dewasa.

Taman ini juga menyediakan beberapa kemudahan kepada pengunjung seperti Astro, Kerusi Malas, dan pelbagai kedai cenderamata untuk pengunjung beli buat kenangan. Selain itu taman ini juga menerima tempahan untuk majlis-majlis seperti harijadi untuk kanak-kanak.

Tapi itu semua sudah berlalu. Water World Theme Park kini dah ditutup. Kenapa? Itu yang jadi pertanyaan... Mungkin ada penonton yang tahu...










Taman Tuan Fuad Bukit Padang - Boleh Jogging Bila-Bila Masa Sahaja



Ahad, 12 Julai 2020, anak-anak ajak ke Tegudon di KB tapi aku tak nak sebab mereka masih belum betul-betul sihat daripada selsema. Kan pergi mandi, main air lagi, nanti selsema dan deman pulak. Jadi, aku dan wife ajak jogging di Taman Tun Fuad dekat Bukit Padang. Kat sini ok sebab boleh jogging bila-bila masa jer. Kawasannya redup, banyak pokok-pokok dan udara yang segar.

Aku buat rakam video sikit pasal Water World yang ditutup tu. Lepas tu kami pergi makan kat Restoran Nelayan disitu. Ada promosi makan. Bayar RM6.00/seorang dan makan la berapa banyak yang nak tapi sekali ambil jer.









Jogging di Taman Tasik Komplek Sukan Likas


Sabtu, 11 Julai 2020, kami pergi jogging di Taman Tasik Kompleks Sukan Likas. Lewat sudah kami pergi. Tak ramai orang kat sini. Komplek Sukan Likas jadi tempat kuarantin COVID-19. Masih ada kaunter saringan di depan komplek sukan. 

Aku jalan kaki 2 keliling jer. Wife dan anak jantan 3 keliling. Lepas tu kami lepak hilangkan penat sambil bergambar. Aku rakan video dengan Fimi Palm sambil jalan2. Gajet tu aki pasang klip dan sepit dekat bagpack aku. Rakaman foto dengan Huawei P20 Pro...










Riding XMAX dengan Fimi Palm Gimbal Camera


Test riding motor XMAX dengan Fimi PAlm Gimbal. Pakai klip action Cam jer. Klip ori Fimi Palm belum sampai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...