Abandoned Water World Theme Park at Taman Tun Fuad, KK, Sabah.



Semasa jalan-jalan keliling tasik di Taman Tun Fuad, aku sempat buat rakaman video pasal taman tema air @ Water World Theme Park di Taman Tun Fuad ni. 16 tahu dahulu aku pernah berkunjung ke sini  semasa wife aku mengandung anak pertama dan kali ke-2 semasa anak sulung berumur 5/6 tahun kalau tak silap. Aku cari gambar2 lama semasa kami datang mandi kat sini tapi tak jumpa plak. Nanti dah jumpa, aku update semua blog nih.

Water World Theme Park merupakan salah satu tempat menarik yang terletak di dalam Taman Tun Fuad Stephen Kota Kinabalu Sabah. Taman ini adalah taman rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga beriadah di hujung minggu atau ketika cuti sekolah.

Terdapat pelbagai permainan yang bertemakan air boleh dilakukan oleh pengunjung ketika berkunjung ke sini seperti meluncur yang amat sesuai untuk golongan kanak-kanak dan dewasa.

Taman ini juga menyediakan beberapa kemudahan kepada pengunjung seperti Astro, Kerusi Malas, dan pelbagai kedai cenderamata untuk pengunjung beli buat kenangan. Selain itu taman ini juga menerima tempahan untuk majlis-majlis seperti harijadi untuk kanak-kanak.

Tapi itu semua sudah berlalu. Water World Theme Park kini dah ditutup. Kenapa? Itu yang jadi pertanyaan... Mungkin ada penonton yang tahu...










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...