Membantu Ustaz Idham menguruskan pendaftaran saudara baru.

https://www.youtube.com/watch?v=3_mIr9GYDKk 

25 Januari 2017, membantu Ustaz Idham Abbas menguruskan pendaftaran saudara baru iaitu En. Naufal.

Video kemalangan di Jalan Sepanggar jam 5.00am

https://www.youtube.com/watch?v=w-rmqreqB0U 


26 Jan. 2017, 5.00am. Saya OTW ke Masjid Raudah, Kg. Bandulan. Sampai di jalan Sepanggar sebelah Taman Gudon Utara, ada satu kemalangan. Kereta MyVi terbabas dan melanggar tiang lampu. Pemandu cedera parah tapi masih boleh bercakap. Dia bgtau dia dari airport nak ke hotel Nexus.

22 Jan. 2017 - Telinga anak lelaki dimasuki serangga.




Anak jantanku, Ahmad Irfan bgtau telinga dia sakit. Bila zaujah suluh tgk dlm telinga dia nampak macam sesuatu seperti pepijat. Tapi tak ada alat nak sepit kasi keluar. Pergi klinik tapi doktor pon cakap mereka tak cukup alat. Nak kena pergi hospital kerajaan gak nih.

Tazkirah subuh - 1000 kali selawat, Allah SWT haramkan jasadnya disentuh...



Dalam al-Quran ALLAH menyebut secara khusus tentang kelebihan selawat, ertinya:

“Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah untuk Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (surah Al-Ahzab, 33: 56)

 30 FADHILAT DAN KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD S.A.W
  1. Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
  2. Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
  4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
  8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
  10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
  11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
  12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.
  15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
  18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
  20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
  23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.
  24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
  25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
  26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
  27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
  29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
  30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani

22 Jan. 2017 - Exploring 1Borneo and lost. Hahaha...


 

Lepas zohor kami ke Karamunsing nak beli baju Pustakawan untuk anak sulung. G ambik duit dulu di ATM CIMB. Lepas tu baru ke kedai yang jual seragam sekolah. Jumpa tudung jer yang sesuai. Lasp tu kami ke 1Borneo.

Tinggalkan Iman, Irfan dan Fazil di Pizza. Kami ke Kamdar cari seragam pustakawan Hani.

Resepi | Ayam goreng Meggie Noxxa.


 

Balik daripada mengurus jenazah bersama Ustaz Idham, beli barang dapur sikit. Balik rumah masak kari ikan, ayam goreng dalam noxxa dan masak nasi. Zaujah pergi UTC bawa anak2 nak periksa gigi.

Tazkirah subuh - Malaikat maut ditampar Nabi Musa AS



21 Jan. 2017. Alhamdulillah, pagi ni dapat solat subuh berjemaah. Solat subuh diimamkan oleh Ust. Wahab. Selepas subuh zikir & doa oleh Ust. Wahab kemudian tazkirah subuh  disampaikan oleh Ust. Idham Abbas.

=======================================================================

Benarkah ada hadist tentang Musa as menampar Malaikat Maut ???

Al-Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam kitab Shahih-nya: Wafatnya Nabi Musa ‘alaihis salam, dari Abu Hurairah bahwa ia radhiyallahu ‘anhu berkata,

“Malaikat Maut diutus mendatangi Musa ‘alaihis salam. Ketika malaikat itu datang kepadanya, maka Musa pun menempelengnya (hingga buta matanya). Kemudian Malaikat Maut kembali kepada Rabbnya dan berkata, ‘Engkau telah mengutusku kepada seorang hamba yang tidak menginginkan kematian.’

Lalu Allah mengembalikan penglihatan malaikat tersebut dan berkata, ‘Kembalilah engkau dan katakan kepadanya untuk ia meletakkan tangannya di punggung sapi jantan. Kemudian ia berhak (tetap hidup) sejumlah bulu (dari sapi jantan itu) yang tertutupi tangannya, dengan hitungan satu bulunya merupakan setahun kesempatan hidup.’

Musa lalu berkata, ‘Wahai Rabbku, kemudian apa setelah hitungan itu?’

‘Kemudian kematian,’ jawab Allah.

Musa pun berkata, ‘Maka sekarang saja (kematianku tanpa diundur lagi).’ Selanjutnya Musa berdoa kepada Allah untuk mendekatkan dirinya kepada tanah suci sejarak lemparan batu.”

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu lalu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

‘Seandainya aku di sana, maka sungguh akan aku perlihatkan kepada kalian kuburan Musa, (yaitu) di sebelah jalan di gundukan pasir merah’.” [1]

Ibnu Hibban menjelaskan tentang ketidakjelasan permasalahan tersebut (di mana Musa menempeleng Malaikat Maut sampai matanya buta): “Sesungguhnya Malaikat Maut ketika berkata kepada Nabi Musa seperti itu, dalam kondisi Nabi Musa tidak mengenalnya. Karena kedatangannya kepada sang nabi, dalam wujud yang tidak dikenal oleh sang nabi. Sebagaimana datangnya Jibril dalam wujud seorang arab Badui (kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dan juga, sebagaimana datangnya para malaikat kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Luth dalam wujud para pemuda, sedangkan kedua nabi tersebut semula tidak mengenal mereka. Demikian pula keadaan Nabi Musa ‘alaihis salam, ia pun tidak mengenali malaikat tersebut. Oleh sebab itu ia menampar sang malaikat, sehingga menyebabkan tercukilnya mata sang malaikat karena telah masuk rumahnya dengan tanpa izin. Dan perbuatan ini sesuai dengan syariat kita, tentang bolehnya mencukil biji mata orang yang melihat (mengintip) seseorang yang berada di dalam rumah dengan tanpa izin.”

Kemudian Ibnu Hibban membawakan hadits Abu Hurairah bahwa ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Datanglah Malaikat Maut kepada Musa untuk mencabut ruhnya. Ia pun berkata kepada sang nabi, ‘Penuhilah panggilan Rabbmu.’ Lalu Musa menampar mata Malaikat Maut tersebut, sehingga menyebabkan tercukil matanya.” [2]

Beliau rahimahullah lalu menafsiri hadits di atas dengan mengatakan, “Ketika Nabi Musa telah mengangkat tangannya untuk menampar sang malaikat, maka barulah malaikat itu berbicara kepadanya, ‘Penuhilah panggilan Rabbmu’.”

Penafsiran seperti ini tidaklah sesuai dengan konteks lafazh hadits, yang memposisikan perkataan malaikat, ‘Penuhilah panggilan Rabbmu’ lebih dahulu, barulah diikuti oleh tamparan sang nabi. Seandainya tetap memilih jawaban yang pertama, tentulah sejalan dengan lafazh hadits. Dan seakan-akan memang Nabi Musa tidak mengenali sang malaikat dalam wujud seperti itu.

Juga, perkataan malaikat itu tidak mengandung perkara yang dimaksud (bahwa ia seorang malaikat), di mana Nabi Musa tidak segera mengenalinya dalam waktu sekejap bahwa ia adalah seorang malaikat yang mulia. Dikarenakan Nabi Musa sedang mengharapkan banyak hal yang didambakannya untuk terjadi di masa hidupnya, berupa keluarnya bani Israil dari kawasan Tih dan masuknya mereka ke tanah suci (Baitul Maqdis). Akan tetapi beliau telah didahului oleh takdir Allah, bahwa ia akan wafat di kawasan Tih setelah wafatnya Nabi Harun, saudara laki-lakinya.

Pengingkaran Sebagian Ahli Bid’ah Terhadap Pemukulan yang Dilakukan Nabi Musa ‘alaihis salam Terhadap Malakul Maut ‘alaihis salam

Sebagian ahli bid’ah terdahulu mengingkari pemukulan Nabi Musa ‘alaihis salam terhadap Malakul Maut ‘alaihis salam. Mereka mengatakan bahwa ini adalah persoalan yang didustakan oleh akal. Mereka tidak tahu bahwa ini adalah permasalahan ghaib yang tidak bisa diukur dengan pemikiran dan akal, namun hanya perlu dibenarkan tanpa menghadapkan kepada akal pikiran kita. Sebab, akal manusia lemah untuk mencapai semisal persoalan ini, karena merupakan persoalan yang tidak bisa digapai oleh indera.

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: Ibnu Khuzaimah berkata, “Sebagian ahli bid’ah mengingkari hadits ini. Mereka berdalih, jikalau Musa ‘alaihis salam mengenalinya bahwa dia Malakul Maut ‘alaihis salam, berarti Musa ‘alaihis salam telah menghinakannya. Sedangkan jikalau Musa ‘alaihis salam tidak mengetahuinya, maka kenapa tidak ditegakkan qishash untuk Malakul Maut ‘alaihis salam yang telah lepas bola matanya?

Jawabannya: Allah Subhanahu wa Ta’ala tidaklah mengutus Malakul Maut ‘alaihis salam kepada Musa ‘alaihis salam untuk mencabut ruhnya saat itu juga. Allah Subhanahu wa Ta’ala hanyalah mengutusnya kepada Musa ‘alaihis salam untuk mengujinya. Sedangkan Musa ‘alaihis salam menampar Malakul Maut ‘alaihis salam karena dia melihat ada manusia yang masuk ke rumahnya tanpa izin, sedangkan beliau ‘alaihis salam tidak mengetahui bahwa dia itu Malakul Maut ‘alaihis salam. Sementara Pembuat syariat Subhanahu wa Ta’ala telah membolehkan untuk menusuk mata siapa pun yang mengintip rumah seorang muslim tanpa izin. Sebagaimana para malaikat juga pernah datang kepada Ibrahim dan Luth dalam wujud manusia, lalu keduanya tidak mengenali para malaikat tersebut pada awalnya. Andaikan Ibrahim ‘alaihis salam mengenalinya maka beliau ‘alaihis salam tidak akan menjamu mereka dengan makanan. Juga, andaikan Luth mengetahui mereka maka tentu beliau ‘alaihis salam tidak akan mengkhawatirkan keadaan mereka dari tindakan kaumnya. Seandainya pun Musa ‘alaihis salam dianggap mengetahuinya, darimana ahli bid’ah ini menetapkan disyariatkannya qishash antara malaikat dengan manusia?! Juga, darimana dia tahu bahwa Malakul Maut ‘alaihis salam menuntut qishash terhadap Musa ‘alaihis salam lalu tidak dipenuhi tuntutannya?!

Al-Khaththabi menyimpulkan ucapan Ibnu Khuzaimah, lalu menambahkan bahwa Nabi Musa ‘alaihis salam melawannya karena sikapnya yang mudah marah. Juga bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala mengembalikan mata Malakul Maut ‘alaihis salam agar Musa ‘alaihis salam mengetahui bahwa Malakul Maut ‘alaihis salam datang dari sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Makanya setelah itu, Musa pun menyerahkan diri.

Al-Imam An-Nawawi berkata: “Tidak menutup kemungkinan bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala mengizinkan Musa ‘alaihis salam melakukan pemukulan ini untuk menguji objek yang dipukul.”

Adapun selain beliau berkata: “Hanyalah Musa ‘alaihis salam menamparnya sebab dia datang untuk mencabut ruhnya tanpa mengabarkan sebelumnya, berdasarkan apa yang tsabit (pasti) bahwa seorang nabi tidak akan dicabut nyawanya sebelum diberikan pilihan. Oleh karena itu, ketika Nabi Musa ‘alaihis salam diberi kesempatan memilih pada kali yang kedua, beliau pun menyerah.” Ada yang berkata, inilah pendapat yang paling tepat namun masih perlu dilihat lagi. [3]

Ibnu Qutaibah berkata dalam Ta’wiil Mukhtalafil Hadits membantah orang yang meragukan hadits ini: “Pendapat kami dalam masalah ini, bahwa para malaikat adalah makhluk rohani. Rohani disandarkan pada kata ruh, menjelaskan keadaan penciptaannya. Maka seolah mereka adalah para ruh yang tidak berbadan yang bisa ditangkap oleh penglihatan, tidak mempunyai mata yang serupa mata kita, dan tidak pula mempunyai kulit seperti kulit kita.

Kita tidak mengetahui bagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala membentuk mereka, karena kita tidak mengetahui segala sesuatu selain apa yang dapat kita saksikan atau setidaknya kita tidak pernah melihat contohnya. Demikian juga halnya dengan setan dan jin.”

Hingga perkataan beliau: “Sewaktt Malakul Maut ‘alaihis salam menampakkan diri kepada Musa ‘alaihis salam -yang satu ini adalah malaikat, sedangkan yang satunya adalah nabiyullah- lalu Malakul Maut ‘alaihis salam menariknya, maka Musa ‘alaihis salam menamparnya dan membuat matanya terlepas. Matanya yang ini adalah khayalan dan perumpamaan, bukannya hakiki. Setelah itu Malakul Maut ‘alaihis salam kembali kepada wujud hakikinya yang semula berupa wujud rohani tanpa ada cacat sedikitpun.” [4]

Al-Imam Al-Qurthubi berkata dalam At-Tadzkirah fii Ahwaalil Mautaa wa Umuuril Aakhirah: “Jikalau ada yang berkata: Bagaimana mungkin Musa ‘alaihis salam melakukan pemukulan terhadap Malakul Maut ‘alaihis salam sehingga terlepas matanya? Maka jawabannya dari enam sisi:

1. Itu adalah mata khayalan yang tidak mempunyai hakekat. Ini adalah pendapat yang batil, karena akam membawa kepada kesimpulan bahwa bentuk-bentuk malaikat yang dilihat oleh para nabi tidak mempunyai hakekat. Pendapat ini adalah madzhab As-Saalimiyyah.

2. Ini adalah mata maknawi yang tercungkil dengan hujjah. Berarti ini adalah sebuah kiasan yang tidak mempunyai hakikat.

3. Musa ‘alaihis salam tidak mengenalinya, lalu menyangka bahwa Malakul Maut ‘alaihis salam adalah seseorang yang masuk ke rumahnya tanpa izin, yang hendak mencelakakan nyawanya. Maka Musa ‘alaihis salam melakukan pembelaan diri dan menamparnya sehingga keluar matanya, sedangkan melakukan pembelaan diri sewaktu dalam keadaan seperti ini dengan segala kemampuan adalah wajib. Ini pengarahan yang bagus, sebab mengungkapkan ‘mata’ dan ‘pemukulan’ secara hakiki.

4. Musa ‘alaihis salam adalah seorang yang cepat marah. Sifatnya inilah yang menyebabkan dia memukul Malakul Maut ‘alaihis salam. Ibnul ‘Arabi berpendapat dengannya dalam Ahkaam. Ini adalah pendapat yang rusak, sebab para nabi ma’shum dari melakukan tindakan menyakitkan semisal ini, baik ketika dalam keadaan biasa maupun marah.

5. Perkataan Ibnu Mahdi radhiyallahu ‘anhu: “Mata samarannya hilang, sebab dia diberikan kemampuan untuk berwujud apa saja yang dia maui. Maka sepertinya Musa menamparnya sewaktu dia menyamar dalam wujud yang lain, karena setelah itu Musa ‘alaihis salam melihatnya bermata.”

6. Inilah pendapat yang paling benar insya Allah, yaitu bahwa Musa ‘alaihis salam mempunyai hak sesuai yang telah dikabarkan oleh Nabi kita shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa seorang nabi tidak akan dicabut nyawanya hingga diberitahu (lebih dulu).” [5]

Sebagaimana yang saya katakan di depan bahwa ini adalah persoalan ghaib yang tidak kita ketahui hakekatnya, kita wajib menerimanya tanpa menanyakan kaifiyyat-nya (bagaimana hakikatnya). Wallahu a’lam.

Sumber:
- Kisah Para Nabi ‘alahimus salam karya Al-Imam Al-Hafizh Ibnu Katsir (penerjemah: Abu Abdirrahman Muhammad Daz bin Munir Al-Marghubi), penerbit: Pustaka Sumayyah, hal. 576-578.
- Hukum Memindahkan Jenazah karya Al-Amin Al-Haj Muhammad Ahmad (penerjemah: Fuad Lc.), penerbit: Pustaka Ar Rayyan, hal. 30-34.

_______________________
[1] Lihat kitab Shahih Al-Bukhari (1339, 3407 dan Shahih Muslim (2372).

[2] Lihat kitab Shahih Ibnu Hibban (6224), Shahih Al-Bukhari (1339, 3407), dan Shahih Muslim (2372), pent.

[3] Al-Fath, VI/442.

[4] Ta’wiil Mukhtalafil Hadiits, hal. 276-278.

[5] At-Tadzkirah, II/94-95. 

Abah & Irfan | Main sepit hidung - ada makcik jeling kami.


 

Hahaha... otw balik ke KK dari Beaufort dgn keratapi Sabah. Utk hilangkan boring anak2 sbb katanya keretapi tak laju. Hehe... MAsa dok ambil video tu aku tak perasan ada sorang makcik dok jeling-jeling tgk kami dok main sebung BEAUFORT dengan tutup hidung. Hehehee...

20 Jan. 2017 - OTW nak g ambik anak2 di sekolah

Jam 11.40am aku pergo ke SKID nak ambik Iman dan Irfan. Pastu g masjid terus. Lepas solat Jumaat, tukar duit dlm tabung masjid. Dekat RM300 gak la tapi aku bagi lebih. Senang nak bagi duit sekolah anak2 ni. Kalau nak g tukar di bank, susah. Jadi, masjid paling senang.

Iman & Irfan naik keratapi Sabah | KK ke Beaufort


 

Edit balik video ni. Sbln ni dah upload ke channel mereka sendiri tapi saya ambil keputusan untuk CLOSE channel tu sbb nak tunputkan kepad 3 main channel jer iaitu channel Rinda05, Warisan2u dan I Am Mohd Sham.

Dude, where's my cactus..?




Mencari pokok kaktus saya dalam rumput didepan rumah. Panjang sangat dah rumput nih. Tukang potong rumat lama dah tak datang potong rumput nih. Bukan depan rumah saya sahaja tapi seluruh taman dan jadi semak. Huhuhu...

My first cheque from Google Adsense

https://www.youtube.com/watch?v=b2MmUotVQ1o

Alhamdulillah... Akhirnya sampai juga surat yang ditunggu-tunggu... Cek daripada Google Adsense bernilai USD127.88 dan kalau ditukar kepada ringgit ada la dalam RM560++ kot. Hehehe... Tak sia-sia saya upload video ke youtube, akhirnya ada hasil.

18 Jan. 2017 4.53pm - Apa bau busuk nih ?


 

Sambil dok tunggu anak-anak balik sekolah dalam kereta, layan kitab dan layan FB dalam HP. Pastu ada bau semacam jer nih...

19 Jan. 2017 5.10am - Azan Subuh





Saja rekod sebab nak ulang dengar aku azan bunyi camana. Nanti lepas nak nak perbetulkan mana yang perlu dibetulkan dan kasi lagu cantik.

Tazkirah Isyak | Selawat Badawi





SELAWAT NURIL ANWAR..

Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, penawar duka dan kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. yang terpilih, keluarganya yang suci dan para sahabatnya yang mulia sebanyak hitungan nikmat Allah dan kurniaNya.

Selawat ini digubah oleh Wali Qutub Sayyid Ahmad Idris Al-Badawi qaddasallah sirruhu.
Fadhilatnya :
1. Jika membaca setiap solat fardhu, insya Allah terhindar ia dari mara bahaya.
2. Beramal membacanya 40x atau 100x setiap hari, insya Allah memperolehi rezeki zahir dan batin, makbul segala hajat dan memperolehi cahaya Ilahi.
3. Amalkan membaca 21x setiap kali ke tempat kerja untuk memperolehi kedudukan dalam jabatan kerja.
4. Amalkan 7x setiap kali ingin tidur, insya Allah terhindar dari sihir.
5. Berkata Sayyid Ahmad Ruslan : Selawat ini mujarab sekali untuk memenuhi hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana dan mendapatkan cahaya. Bahkan khasiatnya multi fungsi.
Wallahu a’lam.

20 Jan. 2017 6.40am - Kelebihan selawat


Keindahan Syurga

Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya… tapi sebelum itu.

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud:

"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys only*.

* * *

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah,

"Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih."

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?"

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. "Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja..

* * *

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego
dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

KESIMPULANNYA:

beramal solehla kita di dunia ni nescaya ganjaran Allah kepada kita tu adalah sehingga tak tercapai akal kita selama hidup di dunia ini...

Dokumen yang diperlukan untuk urusan umrah

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang diperlukan 2 bulan sebelum berlepas.

1   PASSPORT ANTARABANGSA yang mempunyai tempoh sahlaku melebihi 6 bulan pada tarikh berlepas serta mempunyai     sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong (Sila buat satu salinan muka depan passport)

2 SIJIL SUNTIKAN MENINGITIS (ACWY) (Sijil / Kad asal yg di tanda tangan doktor)

3 SALINAN KAD PENGENALAN semua jemaah

4 Dua(2) keping gambar (visa umrah) berwarna :

        * saiz gambar berukuran 6 sm x 4 sm

        * saiz wajah berukuran 4 sm x 3 sm

        * berlatar belakang warna putih

        * tidak memakai songkok/kopiah (bagi lelaki)

        * bertudung gelap (bagi wanita)

5 DOKUMEN MAHRAM

WANITA KURANG DARI 45 TAHUN

    - Bermahramkan suami - Salinan Sijil Nikah

    - Bermahramkan adik beradik lelaki (18th keatas) - Salinan Sijil Kelahiran ke dua-dua jemaah

    - Bermahramkan Bapa - Salinan Sijil kelahiran Wanita

ANAK LELAKI/PEREMPUAN KURANG DARI 18 TAHUN

    - Bermahramkan Bapa - Salinan Sijil Kelahiran Anak

    - Bermahramkan Adik-beradik lelaki (18 tahun ke atas) - Salinan Sijil Kelahiran Dua-dua jemaah

ANAK ANGKAT (Bermahramkan Bapa Angkat)

    - Salinan Sijil Anak Angkat yang disahkan oleh JPN

CUCU LELAKI/PEREMPUAN (Bermahramkan Datuk)

    - Salinan Sijil Kelahiran Cucu

    - Salinan Sijil Kelahiran ibu/bapa

    - Kad pengenalan bapa

ANAK SAUDARA (Bermahramkan Bapa saudara)

    - Salinan Sijil lahir Anak

    - Salinan Sijil Lahir Bapa atau Ibu dan bapa Saudara 

* ANAK / ANAK TIRI / ANAK ANGKAT BERUSIA KURANG DARI 18 TAHUN WAJIB PERGI BERSAMA IBU

* SEMUA SIJIL NIKAH HENDAKLAH DISAHKAN OLEH JABATAN AGAMA ISLAM

* SEMUA SIJIL KELAHIRAN HENDAKLAH DISAHKAN DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

* UNTUK MENGELAKKAN VISA ANDA DITOLAK OLEH KEDUTAAN SAUDI, ANDA DIGALAKKAN    

    MEMBUAT SALINAN YANG JELAS DILIHAT DAN TIADA KESAN-KESAN PEMBETULAN.

*  MENGIKUT PERATURAN KEDUTAAN ARAB SAUDI, SEMUA DOKUMEN HENDAKLAH DISAHKAN DI PEJABAT WISMA PUTRA.  JEMAAH BOLEH MEMBUAT PENGESAHAN SENDIRI KE WISMA PUTRA, WALAUBAGAIMANAPUN PEJABAT CAWANGAN ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGESAHAN DENGAN BAYARAN RM10 BAGI SETIAP DOKUMEN.   BAYARAN HENDAKLAH DI BUAT DI CAWANGAN DI MANA DOKUMEN DISERAHKAN.

Umrah Syahadah Mac 2017

Smlm aku design satu poster umrah untuj bulan Mac 2017. Pastu whatsapp kpd Hj. Azli dan Ust. Fadli untuk kelulusan dan ubahsuai mana yg patut. Hj. Azli minta ubah harga jer. Lps tu aku boleh iklankan.

Saya adalah Wakil Umrah Nexus Holidays Sdn. Bhd. Jom...!!! Sertai kami dalam Pakej Umrah Syahadah 16-26 Mac 2017, khas bersama Ustaz Mohd Fadi Yusof.

👉 Jaminan bimbingan umrah sepenuhnya oleh mutawif berpengalaman
👉 Bimbingan sepenuhnya untuk 3 kali umrah
👉 Tiada kos tersembunyi
👉 Kursus Umrah intensif sebelum berangkat disediakan di Malaysia
👉 Tidak menggunakan Penerbangan Tambang Murah

Hubungi kami segera!!! Tempat Terhad!!!
Call/Whats App : 016-8265684
untuk maklumat lanjut layari http://umrahsyahadah.blogspot.my

Masak kurma ayam sempoi

Cam lama yak bergulai. Lalu aku masuk dapur la. Tgk dlm esbok ada sekor ayam yang keras kengkong. Kena rendam dulu la kasi lembut. Pastu belah 2. Aku pakai separuh jer. Potong kasi ngam dgn saiz utk dimasak. Kecik sangat tak elok gak.

Hari ni zaujah balik lewat. Ada la masa utk aku masak dan buat video utk upload ke yutup. Oh ya, yutup aku dah membuahkan hasil. Nak tunggu cek jer. Ada la dpt dlm USD127.88 gitu. Katanya proses ambik masa dekat 4 minggu gak. Payment dan dihantar ke bahagian pembayaran hujun bln 12, 2016 yang lepas. Hujung atau awal bln 2 dpt la tu kot. Kita tunggu dan lihat dulu la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...