Dokumen yang diperlukan untuk urusan umrah

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang diperlukan 2 bulan sebelum berlepas.

1   PASSPORT ANTARABANGSA yang mempunyai tempoh sahlaku melebihi 6 bulan pada tarikh berlepas serta mempunyai     sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong (Sila buat satu salinan muka depan passport)

2 SIJIL SUNTIKAN MENINGITIS (ACWY) (Sijil / Kad asal yg di tanda tangan doktor)

3 SALINAN KAD PENGENALAN semua jemaah

4 Dua(2) keping gambar (visa umrah) berwarna :

        * saiz gambar berukuran 6 sm x 4 sm

        * saiz wajah berukuran 4 sm x 3 sm

        * berlatar belakang warna putih

        * tidak memakai songkok/kopiah (bagi lelaki)

        * bertudung gelap (bagi wanita)

5 DOKUMEN MAHRAM

WANITA KURANG DARI 45 TAHUN

    - Bermahramkan suami - Salinan Sijil Nikah

    - Bermahramkan adik beradik lelaki (18th keatas) - Salinan Sijil Kelahiran ke dua-dua jemaah

    - Bermahramkan Bapa - Salinan Sijil kelahiran Wanita

ANAK LELAKI/PEREMPUAN KURANG DARI 18 TAHUN

    - Bermahramkan Bapa - Salinan Sijil Kelahiran Anak

    - Bermahramkan Adik-beradik lelaki (18 tahun ke atas) - Salinan Sijil Kelahiran Dua-dua jemaah

ANAK ANGKAT (Bermahramkan Bapa Angkat)

    - Salinan Sijil Anak Angkat yang disahkan oleh JPN

CUCU LELAKI/PEREMPUAN (Bermahramkan Datuk)

    - Salinan Sijil Kelahiran Cucu

    - Salinan Sijil Kelahiran ibu/bapa

    - Kad pengenalan bapa

ANAK SAUDARA (Bermahramkan Bapa saudara)

    - Salinan Sijil lahir Anak

    - Salinan Sijil Lahir Bapa atau Ibu dan bapa Saudara 

* ANAK / ANAK TIRI / ANAK ANGKAT BERUSIA KURANG DARI 18 TAHUN WAJIB PERGI BERSAMA IBU

* SEMUA SIJIL NIKAH HENDAKLAH DISAHKAN OLEH JABATAN AGAMA ISLAM

* SEMUA SIJIL KELAHIRAN HENDAKLAH DISAHKAN DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

* UNTUK MENGELAKKAN VISA ANDA DITOLAK OLEH KEDUTAAN SAUDI, ANDA DIGALAKKAN    

    MEMBUAT SALINAN YANG JELAS DILIHAT DAN TIADA KESAN-KESAN PEMBETULAN.

*  MENGIKUT PERATURAN KEDUTAAN ARAB SAUDI, SEMUA DOKUMEN HENDAKLAH DISAHKAN DI PEJABAT WISMA PUTRA.  JEMAAH BOLEH MEMBUAT PENGESAHAN SENDIRI KE WISMA PUTRA, WALAUBAGAIMANAPUN PEJABAT CAWANGAN ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGESAHAN DENGAN BAYARAN RM10 BAGI SETIAP DOKUMEN.   BAYARAN HENDAKLAH DI BUAT DI CAWANGAN DI MANA DOKUMEN DISERAHKAN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...