ASAL USUL KURTA
Kurta adalah sejenis pakaian yang berasal dari pakaian gamis. cuma ia telah bertukar kepada kurta apabila baginda Nabi saw telah memotong di kiri dan kanan bawah pakaian tersebut sepanjang satu jengkal menggunakan pedang di kala baginda Nabi saw ingin menunggang untanya bernama Quswa. dan peristiwa ini telah dilihat oleh sahabat nabi Abu Hurairah ra. maka pada waktu itulah Abu Hurairah juga turut memotong akan gamis yang sedang dipakainya bagi mengikuti cara berpakaian Nabi saw yang dilihatnya pada waktu itu atas dasar kecintaan beliau yang terlalu tingga pada penghulu nabi kita Muhammad saw. dan kurta ini juga telah di guna pakai ramai dikalangan sahabat ikram selepas peristiwa itu. dan kurta ini juga pada ketika pembawaan fikir nabi serta agama yang sempurna oleh cicit kepada Bani Thoif yang bernama Muhammad Ibnu Qosim ke India,Pakistan dan Bangladesh dengan hasrat untuk menghidupkan agama yang telah sempurna diti ggalkan oleh nabi untuk dihidupkan ke tiga-tiga negara tersebut. maka pada waktu sepanjang perjalanan usaha dakwahnya di india pakistan bangladesh itu maka Muhammad Ibnu Qosim telah mengenakan pakaian kurta ini bagi menyenangkan pergerakannya kesana kemari didalam menyebarkan agama yang telah disempurnakan oleh Allah SWT keatas ummat ini melalui baginda Nabi saw.
maka pada waktu itulah seluruh tempat jajahannya sepanjang usaha dakwah dilakukannya pakaian kurta ini telahpun menjadi tarikan kepada sesiapa yang melihatnya. lalu terus menjadikan pakaian tersebut adalah pakaian utama dalam kehidupan seluruh rakyat india pakistan dan bangladesh. sehinggalah pada suatu hari berkat fikir dikalangan jemaah untuk menyampaikan agama di seluruh alam mak jemaah telahpun dibentuk sebahagiaanya untuk dihantar ke tanah melayu.
pada dasarnya sebagai alasan untuk berniaga disamping sebalik hakikat tujuan utamanya adalah untuk menyampaikan fikir nabi dan seluruh agama yang telah sempurna itu dapat datang dalam kehidupan seluruh manusia yang hidup ditanah melayu pada waktu itu.
dan jemaah yang pertama tersebut dengan membawa maksud kalimah Lailahalillah telah sampai di perairan pantai Klebang,Melaka.
maka sampainya mereka pada waktu itu adalah pada waktu telah masuknya waktu asar. dan salah seorang daripada merek telah mencari ruang dicelah celah manusia yang sedang sibuk berurusan jual beli di tepi pantai itu untuk dijadikan ruang untuk mendirikan solat secara berjemaah. maka salah seorang diantara mereka telah melaungkan azan dipantai klebang itu. dan kehadiran mereka adalah keseluruhan ahli jemaah itu telah mengenakan pakaian kurta sepanjang mereka tinggal di kawasan tersebut sehinggalah pada hari ini masih lagi terdapat fikiran kolot lagi jahil terhadap sunnah baginda nabi saw sehinggakan mereka telah menamakan pakaian kurta ini adalah pakaian orang india dan pakistan sedangkan itulah adalah salah satu pakaian dan perhiasan diri baginda nabi yang mulia serta seluruh sahabat ikram.
semoga Allah berikan kefahaman kepada kita semua dan terus memberi taufik dan hidayah kepada seluruh manusia yang beriman kepada Allah dan hari kemudian bahawa satu hari nanti Allah SWT akan menyempurkan apa jua perhiasan dalam kehidupan baginda nabi saw itu dapat datang dan menjadi sebahagian dalam kehidupan perhiasan ummat ini.
wallahuta'ala alam
(Athirah Razali)
*Anda boleh percaya dan anda boleh tolak. Terpulang....
===!!!!=!!!!!!!!!=!!=!!!=======
Artikel di atas saya ambil drp FB...
3/7/2016
Mohd Sham...
Dalam sunnah Ada kejayaan
ReplyDelete