Assalamualaikum wbr...
Sebabnya maka ulama-ulama Islam banyak menulis sejarah, kerana di dalam Al Quran banyak terdapat kisah-kisah orang² Yahudi, Nasrani, Shabiin, dan Majusi. Disamping itu pula terdapat hal² yang mengenai kejadian² penting seperti peperangan Badar, Uhud, perjanjian perdamaian, dan lain².
Atas sebab inilah saya suka menulis dan mencoretkan kisah hidup saya agar ia menjadi sejarah hidup yg dpt dibaca oleh anak cucu cicit saya nanti. Dan sebab saya bukan orang terkenal, hanya org biasa, tiada yg nak tahu pasal hidup saya. Tapi mungkin suatu hari nanti bila saya dah tak ada, ada anak cucu cicit yg nak tahu sejarah hidup atok atau moyang mereka ini.
Saya sendiri pon tak tahu asal usul sejarah moyang saya sbb mereka tiada cacatan bertulis sejarah @ diari hidup mereka. Jadi, bila ada peluang dan masa, saya akan bertanya kepada orang tua² yg kenal dgn keluarga saya.
Apabila diselidik sedikit sebanyak saya dpt tahu yg atok sebelah mak saya ni keturunan Jawa. Nenek sebelah mak pula keturunan Cina Siam. Sebelah arwah ayah pula keturunan Syed dan dipanjangkan kepada Raja Perlis... Wow.... Raja ? Itu sebab la kot, kami semua kalau ada majlis berkhatan atau kalau ada famili perempuan nak bersalin kena ada kain kuning. Hhhmmmm.... 😅
Mohd Sham
Teratak Mek Semah
3 Julai 2016, 6.35am
No comments:
Post a Comment