Balik Kampung | 1 Julai 2016

1 Julai 2016, kami balik ke kampung di Pasir Mas, Kelantan. 2.20am, aku kejutkan wife dan anak². Mengantuk betul mereka kerana masih terlalu awal pagi. Kami nak ke KKIA jam 3am. Walaupon flight kami jam 7.20am, kami pergi awal supaya tak terlalu tergesa-gesa. Lebih kurang jam 3.20am kami bertolak dgn teksi ke airport. Teksi tu dah biasa hantar kami ke airport kalau nak balik kampung.

Sampai di airport, kami terus ke McD untuk sahur. Dah ramai org di airport dan di McD. Ada juga yg tidur di kerusi dan tepi dinding. Mungkin yg nak transit ke Tawau dan Sandakan atau ke Sarawak.
Lepas sahur, kami ke surau nak tunggu subuh. Ingat nak check in tapi org ramai dah beratur nak scan bagasi tapi kaunter belom bukak. Jadi, pergi surau dulu la. Masuk waktu subuh, aku terus azan. Nak minta sorang pakcik tu jadi imam tapi dia tolak aku ke depan. Kena jadi imam la nih. ( ujian... Kataku dlm hati ).

Lps solat, terus pergi beratur nak check in bagasi. Aku dah siap² check in di mesin check in. Ramai org dah beratur nak check in. Ada yg ke Sarawak dan ada gak pelancong nak ke China.
Siap check in bagasi, kami terus masuk ke dewan menunggu di gate A7. Sebelum tu kena cop pass lawatan ( buku biru ) dulu. Pegawai immigeresen tu serius jer. Tak senyum pon.. Ala... Tak kisah lah...

Flight kami jam 7.20am. Jam 7.am, pegawai jaga gate A7 tu ajak kami masuk. Lps tu baru dia umum kpd penumpang yg lain. Aik...? Mungkin dia tgk aku pakai serban. Ingat aku ustaz kot...? Hahaha... Alu bukan ustaz.... Tapi aku baru nak start... Kikiki...

Perjalanan ke KLIA ambil masa 2.5jam. Anak² dok layan movie kat screen. Aku? Tido ler sbb aku dari jam 1am tak tido. Ngantukkkk..

Sampai KLIA jam 10am. Kami kluar di gate A11 dan di gate A11 juga kami menunggu flight ke KB. Rupanya flight tadi gak. Seat pon sama gak di seat 9A - 9F. Ambil maaa 50 minit jer utk terbang drp. KLIA ke KB. Tapi aku sempat gak terlelap. Kami sampai di airport Pengkalan Chepa jam 12pm. Fakaruddin, Fathihah dan mak mentua dah tunggu kami. Siap ambil bagasi, terus balik pasir mas. Sampai umah mentua jam 1.00pm.

* rakaman perjalanan kami aku upload ke youtube lepas raya kot. Di kampung line tenet slow. Boleh tengok disini http://lifeofmohdsham.blogspot.my/2016/07/balik-kampung-pelancong-china-pon-nak.html


---------------------------
Mohd Sham
Kg. Tanjung Rendang,
2 Julai 2016  9.48am

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...