Pagi, pergi hantar Fathihah ke opia dia di KB dgn wife dan anak bongsu, Huda. Balik, singgah Pantai Timur Mart di Pasir Mas. Tapi bukak jam 10am. Kami sampai jam 9am. Jadi kami ke Pantai Timur Lubuk Jong.
Singgah di Kubang Bongor beli santan. Pastu terus ke Pantai Timur Mart Lubok Jong. Sampai sana org belom ramai. 9.30am dah bukak dah. Beli barang untuk masak raya esok. Aku call Pak Teh, minta tanya mak nak beli apa. Belikan sedikit brg dpr utk mak juga. Orang makin ramai. Kluar nak hantar barang ke kereta, parking dah penuh. Wowww... Kami masuk balik PT Mart sbb nak tgk baju raya kat tingkat atas.
Terserempak dgn cikgu Naim aka Boss. Dia dah bersara jadi cikgu. Skrg sibukkan diri dengan dakwah. Tanya pasal Sir Di aka Cikgu Khairuddin. Dah meninggal beberapa tahun lepas katanya. Cg Din meninggal dalam tandas di masjid Kempas sebab sakit jantung. 3 hari baru org jumpa mayat dia. Aku sungguh terkejut... So sad... Al Fathihah buat Sir Din. He is my Mentor masa sekolah dulu. Selalu bawak aku g masjid. Tapi kematianmu sungguh tragis. Moga Sir Din ditempatkan bersama orang² yg beriman. 😢😢😢
Balik, hantar barang kat mak. Aku lepak umah mak. Tolong basuh pingan kat dapur. Kalau tak ada anak pompuan, biasa la. Bersepah dapur. Huhuhuhu... Seingat aku, dari kecik lagi aku kena basuh pingan. Hmm.... Wife balik hantar barang umah mak dia. Pastu g ambik adik dia plak di KB.
Hari ni panas wooo.... Aku lepak dapur pakai towel jer. Kejap² pergi siram badan. Huhuhu...
Mohd Sham
Teratak Mek Semah
5 Julai 2016 - 5.48pm
No comments:
Post a Comment