14 Julai 2016 | 5.14pm - depan SK Inanam dua, aku menunggu anak-anak aku balik sekolah. Irfan dan Huda balik jam 5.40pm.
Lepak dalam kereta dgn anak aku Hani dan Iman yang dah balik awal lagi. Si budak gemok, Fazil ikut sekali. Dia dan mak dia aka kak Juria datang rumah lepas asar tadi.
Hujan turun renyai-renyai. Budak-budak kat belakang ni dok makan ayam goreng yang dibeli dekat gerai bawah pokok. Hujan masih rintik - rintik. Sejuk la sikit. Sejak balik sabah ni, kelmarin jer hujan sikit tapi tak lebat. Ikutkan, cuaca kat Sabah ni panas daripada di kampung di Kelantan. Kat sini dok rumah batu dua tingkat, jadi tak terasa sangat. Tapi malam mang terasa hawa panasnya. Kalau off kipas, berpeluh terus. Kami semua tidur dalam main bedroom yang ada aircond.
No comments:
Post a Comment