20/7/2016 | 7.15am - OTW balik drp hantar wife di Kolej Tingkatan 6, jalan jem. Jadi aku call bonda. Sejak balik sabah lepas raya, blom call bonda lagi. Kalau call bonda, tanya khabar dan buat tazkirah jer la. Pastu cakap pasal solat. Hehehe... Kali ni bonda tanya pasal zikir nabi Yunus semasa dlm perut ikan Nun. So, aku citer la..
Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.
Ketika kita ditimpa musibah atau dalam
keadaan diuji, kita diajarkan untuk membaca apa yang dibaca oleh Nabi
Yunus a.h.. Lalu kita pun melafazkannya. Membacanya berulang-ulang kali. Ternyata masih ramai yang terus berasa gelisah. Ada pun mungkin reda tetapi sekadar sementara.
Seharusnya kita memahami apa yang dimaksudkan di dalam doa ini.
Kita
nyatakan pada Allah bahawa “ya Allah, sungguh benar ya Allah aku ini
termasuk orang yang zalim”. Siapakah orang yang kita zalimi?
Orang yang kita zalimi itu adalah sebenarnya DIRI KITA SENDIRI. Sungguh ketika aku gelisah resah sempit terhimpit, aku sebenarnya yang menzalimi diriku sendiri. Aku adalah orang yang zalim.
Jiwa terhimpit sempit kerana puncanya
hanyalah satu iaitu tidak mahu redha dengan Allah SWT. Kita tidak mampu
menerima sepenuhnya apa yang berlaku pada diri kita yang ditakdirkan
Allah.
Lalu kita tidak memohon tetapi sekadar
menyatakan pada Allah keadaan diri kita dengan harapan kita memperolehi
belas kasihan Allah dengan menguatkan jiwa kita agar mampu redha dengan
Allah SWT.
Inilah apa yang dinyatakan oleh Nabi
Yunus pada Allah ketika berada dalam perut ikan yu. Mengaku tiada apa
dan sesiapa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan hanya Allah SWT dan
mengaku diri ini sungguh menzalimi diri ini ketika jiwa sempit terhimpit
akibat tidak mampu menerima kehendak Allah SWT.
Ia bukanlah sebagai permohonan tetapi ia hanya komunikasi iaitu menceritakan keadaan diri pada Allah. SELEBIHNYA KITA HANYA MENGIKUT KEHENDAK ALLAH.
Dengan mengaku Allah sahaja yang
berhak sebagai Tuhan dan bahawa sungguh aku ini orang yang zalim, Nabi
Yunus BERJAYA MELEPASI 3 KEGELAPAN.
Atas izin Allah Nabi Yunus berjaya melepasi
1. Kegelapan perut ikan
2. Kegelapan lautan
3. Kegelapan malam.
1. Kegelapan perut ikan
2. Kegelapan lautan
3. Kegelapan malam.
Marilah, kita lafazkan pada Allah,
“ya Allah Tiada apa pun yang berhak
sebagai Tuhan melainkan Engkau ya Allah dan Sungguh ya Allah, aku ini
adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Yang menzalimi diriku
sendiri ya Allah dengan tidak berserah kepadaMu ya Allah.
Ya Allah aku mohon ya Allah agar
diperkuatkan jiwa ini ya Allah, diberi petunjuk ya Allah. Kuatkan jiwa
ini agar mampu berserah ya Allah. ya Allah………… ya Allah……….. ya Allah……”
Semoga diri kita mampu keluar dari
golongan orang yang menzalimi diri kita sendiri iaitu hamba yang tidak
redha dengan Allah SWT. Amin.
No comments:
Post a Comment