7 Julai 2016 - projek kambing grill. Sembelih seekor kambing adir ipar. Kambing dia banyak, jadi dia sponsor seekor kambing untuk dikorbankan. Pagi² lagi tukang sembelih datang. Aku jadi cameraman jer. Dah siap sembelih, adik ipar, Fakaruddin dan biras aku, Azmi lapah kulit kambing tu. Aku rakam video dan ambik gambar jer. Malas nak mencemar duli. Hehehe... Bukan apa, sbb lepas Zohor nak pergi ziarah abang sulung aku di Kubang Krian.
Lepas zohor, aku, zaujah, anak sulung dan anak bongsu naik kereta Myvi "mok muda" pergi Kubang Krian. Kami tunggu adik aku depan Petron di Salor. Kami konvoi 5 kereta, adik aku n famili, mak aku sekali, kakak "ainon" n famili dan kakak sulung aku n famili. Nak sampai Kubang Krian, jalan jem. Rumah abang aku masuk di selekoh depan Istana Kubang Krian. Abang buat laksa, laksam dan spegetti. Best... Lepas solat Asar kami balik ke Pasir Mas.
Sampai di rumah mentua, adik ipar dah start panggang kambing. Wow... Best... Aku tolong² bakar kambing, sosej dan ayam. Tak tahan panas, aku dok dalam umah jer, potong kecil² daging kambing yg dah masak. Famili mak sedara zaujah drp lundang, adik mentua drp Gua Musangn famili, adik dan mak aku, serta rakan² datang rumah mentua. Riuh rendah dibuatnya. Memang best lah...
Jam 10pm++ aku mandi, solat isyak dan tido. Penat dan ngantuk....
Mlm ni malam jumaat... 😛😛😉😊
No comments:
Post a Comment