19 Julai 2016 - Masak sarapan pagi untuk anak-anak. Kali ni aku nak buat BIHUN REBUS. Hahaha... guna bahan mana yang ada jer. Aku tak guna minyak. Terus rebus jer. Tak payang nak tumis-tumis.
Bahan-bahan dia :
- Bihun sebungkus
- Sosej 5 batang ( dipotong kecil )
- Bawang besar/bawang merah
- Garam secukup rasa
- Satu sudu serbuk pati ayam Knor.
Cara-caranya :
1. Panaskan air dalam periuk. ( ikut sukatan sendiri/agak-agak je la )
2. Nampak macam air nak mendidih, masukkan sosej dan bawang yang dihiris kecil.
3. Bila air dan mendidih, masukkan bihun dan kacau.
4. Masukkan serbuk pati ayam Knor. Tambah sedikit garam kalau kurang masin.
5. Kemudian pecahkan 2 biji telur ayam dan kacau perlahan-lahan.
6. Biar mendidih 2/3 minit dan padamkan api gas.
No comments:
Post a Comment