9.35am tunggu Ustaz Idahm depan SAR Wadi Kauthar. Kami ke Transit Al Hidayah di Kiulu, Tamparuli, Sabah untuk menghadiri Kuliah Umum Ust. Johari Morad. Sampai di sana kuliah baru je bermula. Biasanya kalau ada tatmu yang baru datang nak belajar, kuliah dimulakan lewat sedikit. Tapi hari ni kuliah dimulakan awal.
Kami belajar kitab tauhid iaitu Kitab Faridatul Faraid dan Kitab Penawar Bagi Hati. Kali ni masih sambungan membahaskan bab Kudrat dan Iradat Allah SWT.
Lepas kuliah, kami makan-makan dan solat farhdu Zohor. Lepas tu pulang. Tak boleh berlama-lamaan disanan sebab aku nak kena hantar anakku Ahmad Iman ke asrama plak. Dibawah ini saya sertakan rakaman kuliah (part 1). Untuk yang seterusnya anda boleh layari channel Youtube saya di htttps://www.youtube.com/iammohdsham76 . Kat situ banyak video kuliah agama yang saya sudah upload.
Sementara menunggu solat Zohor. |
Depan surau Transit, Al Hidayah, Kiulu, Sabah. |
Transit Al Hidayah, Kiulu, Sabah. |
No comments:
Post a Comment