Ustaz Idham dan aku pakai baju dan serban sama corak. Kebetulan plak malam ni. |
Dapat mesej Whatsapp daripada sahabat danjuga guruku Ustaz Idham Abbas, seorang sahabat dan juga jemaah masjid, saudara Herman telah kembali ke rahmatullah... Dia di Hospital Queen Elezaberth di KK.
Magrib, aku solat di masjid. Sampai masjid, pakcik Abdillah baru start azan. Ndak sempat aku nak azan. Tak apalah.. Rezeki dia kali ni. Lepas Magrib, saudara Huzaifah baca hadis skit untuk isi masa yang terluang. Ustaz Idham sampai dekat nak Isyak. Lepas solat Isyak, kami ramai-ramai ke rumah arwah Herman untuk baca tahlil.
Aku parking kereta depan rumah Hj. Yunus. Lepas tu menyeberang jalan jalan kaki ke rumah arwah Herman. Ramau sudah saudara mara dan sahabat handainya berkumpul di luar dan dalam rumah. Kami terus naik ke rumah. Beberapa saudara mara arwah sedang baca yassin. Lepas mereka habis baca yassin, kami plak sambung buat tahlil diketuai oleh Ust. Idham.
Lepas tahlil, Ustaz Idham bukak kain yang menutup muka mayat. Aku menatap muka arwah buat kali terakhir sambil berdoa. "Semoga kita bertemu lagi di syurga sahabatku..." Muka arwah tenang dan jernih. Orangnya kalau ikutkan memang berkulit gelap tapi aku lihat wajahnya bercahaya. Cerah dan bersih. Alhamdulillah... Sebelum ni aku pernah ke rumah beliau beberapa kali semasa hari raya dan ada juga arwah mengadakan majlis bacaan doa selamat. Kalau jumpa di masjid, warwah selalu senyum kat aku dan selalu panggil aku "ustaz" walaupun aku bukannya ustaz. Aku bari nak stazt...
Hatiku sebak dan rasa mata nak berair. Terus minta diri untuk keluar rumah. Lepak luar rumah jap. Semoga arwah ditempatkan besama-sama mereka yang beriman....
No comments:
Post a Comment