13/4/2018 6.37am - Tazkirah pagi jumaat : Jangan kedekut ilmu...


Alhamdulillah... Pagi ni air dah ada skit. Boleh la mandi dan gosok gigi. MAsa di masjid semalam zaujah Whatsapp bagitau air dalam tangki dah habis. Adehhh.... Tekanan air rendah. Tak masuk dalam tangki kat atas rumah. 

Jadi, subuh-subh lagi aku panjat bumbung tengok air dalam tangki.Dengar cam ada air masuk tapi tak tahu ada berapa banyak. Tengok ada dalam paras sekaki lebih dah masuk dalam tangki tu, kira ok lah. Boleh buat gosok gigi dan mandi untuk pagi ni. 

Hari ni aku malas nak masak la sebab malas nak basuh pinggan gelas dan nak masak dan cuci-cuci sayur dan ayam pun kena pakai air gak. Jimatkan air untuk mandi petang nanti.

Pagi ni kami turun awal. Hantar Irfan, Huda lepas tu baru hantar zaujah ke Kolej T6. OTW tu aku buat video live kat FB. Buat Tazkirah Pagi Jumaat skit. Tazkirah pasal JANGAN KEDEKUT ILMU skit la. Bukan apa, itu adalah cara senang kita nak dapatkan pahala. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...