Hantar anak-anakku Huda dan Irfan ke SKID. Lps tu tunggu Hani dan Iman balik plak. Cuaca panas sedikit tapi tgk kat langit ada kawasan awan hitam. Mungkin ptg ni hujan kot? Andaianku sahaja. Allah maha mengetahui.
Sambil dok tunggu anak-anak balik sekolah ni, layan blog dulu. Masa di rumah tadi sempat la aku update blog ni dgn share video lama dari youtube. Tgk video 5 tahun dulu, muka aku agak kurus sikit dari sekarang. Hahaha... Video hari ke-3 di bulan ramadhan pada tahun 2011. Masa tu aku masih ada kedai komputer di Plaza Mini Mall, Taman Indah Permai. Kalau nak dikenang kembali, sedih juga sbb terpaksa tutup kedai. Sales menjunam teruk. Aku masih berhutang sewa kedai sampai sekarang. InsyaAllah aku cuba bayar sikit-sikit. Owner dia tak boleh nak buat apa-apa disebabkan dia tak sambung dan perbaharui dokumen perjanjian sewa kedai. Tapi sbg org Islam, aku mesti bayar hutang tu walaupun owner tu Cina. Hutang tetap hutang.
Tapi ada satu owner kedai yg sewa ruang kedai di kedai aku tu sampai skrg tak bayar sewa. Ada la lebih kurang 7 ribu ringgit lebih. Dia di Semporna, Sabah sekarang kalau tak silap. Aku pernah mesej dia. Dia kata nak bayar tapi senyap jer. Takper la... Selagi aku masih hidup, aku tunggu. Kalau aku mati dulu, aku kira sedekah sajalah... Mungkin bukan rezeki aku di dunia...
Dok ngelamun nih... Mana la anak aku ni blom keluar lagi nih. Macam ada audah budak yg dah balik... Huhuhu....
Mohd Sham
SKID, Inanam.
28/06/2016. 12.11pm
No comments:
Post a Comment