Bismillahirahmanirrahim...
Dah lama aku tak mencoret kisah hidupku dalam blog. Dulu alu selalu coretkan kisah harianku dalam blog famili tapi aku dah lupa alamat blog tu. Username dan passwordnya pon aku dah lupa. Huhuhuhu... Mungkin disebabkan aku sibuk dgn kerja, aku tak sempat nak menyambung bloh famili sampai la ia terkubur begitu saja.
Aku bukan penulis yang bagus kerana dulu aku sekolah di aliran sains. Bukan aliran sastera. Sebelum blogspot muncul, aku pernah buat website pasal journal hidupku. Kalau tak silap lat Geocities under Yahoo tapi lepas tu Geocities tutup dan sekali gus journal aku pon tutup juga. Aku beralih kepada blogspot manjadi blogger yang syok sendiri sebab bukan ramai pon yang melawat blog aku. Hahaha...
Oh ya aku dok merapu ni aku update coretan aku ni depan SK Inanam 2 lepas hantar anakku Irfan dan Huda. Lepas tu tunggu anakku si Iman plak. Dia nak ambil beg sekolah agama dia.
Sambung mencoret lagi.....
Pagi tadi lepas hantar anak dan isteri ke sekolah, aku balik rumah sekejap. Perut rasa memulas plak. Huhuhu... 😅
Susun bil-bil lama yang alu dan scan utk peraduan MyResitGST... Alhamdulillah aku dpt cabutan bertuah RM200 untuk bulan 4 & 5. Rezeki Ramadhan. Boleh buat belaja balik kampung.
Mohd Sham
SKID
29/06/2016 12.05PM
No comments:
Post a Comment