Umrah Syahadah 2015 - Tempat minum air zam-zam di luar Masjidilharam

12/12/2015 - Tempat minum air zam-zam di luar Masjidilharam. Boleh minum sepuas hati anda.

Rindu nak ke Makkah lagi. Best sangat.... Sebelum sampi Mekah, saya dah bermimpi banyak kali berada di tanah Arab. Mula-mula mimpi dok padang pasir tapi saya yakin yang saya berada di tanah arab walaupun di tengah-tengah padang pasir. Lepas beberapa minggu mimpi lagi. Tapi kali ni berada di kawasan pekan kalau tak silap. Hinggalah saya mimpi berada di dalam Masjidilharam. Subhanallah...

Akhirnya pada 7 Disember 2015, saya betul-betul menjejakkan kaki di bumi Arab Saudi. Wow... so excited... Dari Jeddah ke Mekah dengan bas, saya rasa diri ini terlalu kerdil dengan ciptaan Allah SWT. Bagaimana bumi yang tandus dahulunya kini boleh jadi sebuah kota yang pesat membangun.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...