Kewujudan Masjid Lama Di Sekitar Ladang Teh Sabah Yang Ramai Tidak Tahu

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekadar mahu berkongsi.. Berkaitan masjid lama yang terletak di sekitar ladang teh sabah ni.. Sejak akhir2 ini kewujudan masjid ni diviralkan dan ada yg bertanya " Benarkah masjid ini wujud di Ranau?"

Jawapan saya : "Ya, masjid ini wujud di Ranau... Dalam keadaan uzur.. Di dalamnya kalimah dan ayat Quran indah terukir.."

Pada 8 Februari 201, saya dan sahabat saya iaitu Ustaz Idham Abbas teleh berkunjung ke masjid ini untuk melihat sendiri apakah benar seperti yang diperkatakan.



Masjid yang berbentuk unik dan menarik ini telah dibina pada tahun 1983, namun sekarang sudah tidak digunakan lagi. Kiranya anda berpeluang melawat Sabah Tea Ranau, pasti lebih bermakna kiranya melawat khazanah peninggalan yang pastinya sangat memukau ini.

Gambar Masjid lama yang tengah viral ketika ini terletak di tengah hutan ladang tea di Ranau, Sabah. Menurut info, bahan binaan masjid itu sepenuhnya daripada konkrit dan dibina pada tahun 1983. Oleh kerana lokasinya yang jauh dari penempatan penduduk, kini masjid itu tidak digunakan lagi.

Struktur binaan Masjid yang unik itu wajar dipelihara sebagai tempat bersejarah. mana tahu boleh juga dijadikan tempat pelancongan. 

Serba sedikit Maklumat Mengenai Ladang teh Sabah :-
  • Terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
  • Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring.
  • Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar.
  • Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di dunia.








Masjid Nurul Huda, Kuala Tomani Tenom. 

 
Kedua-dua masjid ini mempunyai senibina yang sama. Diperbuat daripada batu-batu sungai. Di Tomani, masjid ini masih digunakan tetapi di Nalapak, masjid itu sudah terbiar. Senibina seperti ini kelihatan unik dengan batuan sungai. Terserlah kesederhanaan tetapi penuh nilai estetika. Kerajaan perlu jaga dan pulihara senibina ini. Satu bentuk masjid yang boleh dianggap senibina masjid ala Sabah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...