Tazkirah dan sedikit penerangan tentang Mekahd dan Umrah oleh Ust. Hadi dan juga pesanan serta larangan apa yang boleh dan tak boleh dibawa masuk ke Masjidilharam.
Pertama kali sampai ke Arab Saudi. Bumi yang begitu asing bagi kami yang mula-mula sampai dan inilah pertama kali aku ke luar negara yang paling jauh. Yang paling dekat, masuk Thailand la kat Golok sebab rumah mak aku tepi jalan Rantau Panjang, highway ke Thailand.
Kami cukup terpegun dengan permandangan di kiri kanan jalan dengan bukit-bukit batu. Pokok pun tak banyak. Kalau adapun hanya pokok-pokok renek. Yang bestnya jalanraya dia luas dan kita tak nampak kereta-kereta kecil macam ViVa, Kancil, MyVi atau Kelisa. Kebanyakkkannya kereta-kereta mahal seperi Hyundai Elentra, Honda, 4x4, Toyota, dan lain-lain lagi yang biasa dipakai orang kaya di Malaysia. Kat sini kereta seperti ini murah-murah. Mereka jadikan sebagai teksi sahaja. Kalau lekuk-lekuk dan calar-calar tu biasa la sebab pemanduan kat sini memang teruk. Hon tu dah biasa dah...
No comments:
Post a Comment