27/4/2018 2.00pm - Ketupat sotong yang mabeles...

Kawan zaujah bagitau suami dia pergi Pulau Bangi. Jadi, bila nak balik dia tanya nak kirim belik sotong atau ikan. Kami kirim beli sotong dan ikan. Kawan zaujah bagitau dia mengidam nak makan sotong ketupat.  Jadi zaujah tolong masakkan. 

Sedappp.... Balik dariapda solat Jumaat terus boleh makan.... nyammm,... nyammm....


Ikan putih. Sedap buat sup nih...

Ikan Kerapu Merah dah jadi ikan 3 rasa... perghhh

27/4/2018 1.30pm - Ambil anak jantan di TUNAS

Hari ni solat Jumaat cam biasa di TUNAS. Baru khatib nak baca khutbah, tetiba blackout. Takdak karan plak dah.... Sib baik dok tepi. Tapi tak berangin sangat. Berpeluh woooo.... Sabar je lah.... SAmpai habis solat Jumaat pun masih tak ada karan. 

Lepas solat Jumaat, anakanda Iman datang dekat aku. Dah boleh balik katanya. Aku suruh Irfan ikut dia ambil barang-barang yang nak dibawa balik. Aku tunggu di luar masjid.

26/4/2018 5.03pm - Sibuk 2/3 hari ni...

2/3 hari ni sibuk skit sebab dok layan kereta Atos, dok dan keta Alza. Sambil update blog ni dok dalam kereta tunggu anak-anak balik sekolah. 

Alhamdulillah... gaji ( duit dari Youtube ) dah masuk kelmarin (24/4/2018) jadi boleh la sambung baiki kereta Atos. Tukar tayar depan yang baru dan buat alignment. BAru sedap bawak. Kalau tak, baru gerak jer dah goyang-goyang. 

Habis RM394 jugak ler... Tapi takper... Nampak gak kemana perginya duit daripada hasil Youtube tu. Ni aku tunggu satu barang yang aku order dari LAZADA. Barang untuk projek video akan datang. Hahaha.... Kereta Atos ? Boleh la buat pergi masjid dan hantar anak-anak pergi sekolah pagi-pagi. Nak buat jalan jauh tak bioleh lagi sebab reverse switch dia nak kena tukar. Minyak gear bocor ikut situ. Dah cari tapi semua kedai tak ada stock. Adeshhh...
Ini revenue Youtube aku pada 23/4/2018. Dan pada 22/4/2017 total revenue aku cecah USD129.40 tuh... Tertinggi setakat ni. Dan sehingga 24hb, jumlah kasar kutipan bayaran Youtube untuk bulan ni ialah USD1160.26... Perghhh.... Memang bulan depan dapat makan besar ler... Boleh buat belanja untuk bulan puasa nih... Alhamdulillah....

24/3/2018 8.00am - Oh ubat... oh ubat... mari makan ubat...

Ubat tahan skit kepala untuk darah tinggi dan ubat kembung perut untuk buang angin. Dah 2/3 hari rasa kembung perut. Bila makan, rasa makanan tu tak turun habis ke perut.

Masalah betul. Memang tak selesa bila perut bermasalah. Kena plak kepala dok berdenyut. MInum air banyak, tapi masih rasa dahaga. Kencing acap kali. Kekadang tu baru jer lepas kencing, nak kencing lagi. DAlam sejam sampai 5/6 kali masuk tandas. Adehhh.... Nak g klinik pon malas. TApi bukan selalu la kena cam ni. Dalam sebulan tu ada la sekali dua kena. Huhuhuhu... 

Peringatan daripada Allah SWT... Diri kita ni milik Allah.... KAlau Allah nak bagi sakit tu terima sajalah.... Mungkin sebab kita malah nak senaman.Makan tak jaga. Dah satu lagi mungkin Allah nak kurangkan/ampunkan dosa-dosa kecil kita.... Allahuakhbar....

24/4/2018 5.47am - Allahuakhbar... tetiba hati berdebar tengok total revenue untuk 22hb

Semoga terus istiqamah. Gambar baru balik drp masjid ni.
Alhamdulillah... pagi ni dapat lagi pergi solat subuh berjemaah di masjid. Semalam niat nak azan Subuh tapi sampai jer di masjid dah masuk waktu. Pakcik Abdillah yang azan. Tapi Allah bagi peluang aku jadi imam sebab Ustaz Idham lewat sampai. Pagi ni pon aku sampai je di masjid, pakcik Abdillah dah azan. Laju betul dia. Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang berpanjangan untuknya. Lepas solat sunat aku bukak HP. Tengok revenue Youtube untuk 22hb. Biasa awal pagi dah keluar. MasyaAllah... Banyakknyer.... Mata aku tekebil-kebil. Aku ambik kertas dalam beg aku dan buat catatan.

Awalnya aku betul-betul gembira masa mula-mula tengok result revenue untuk 22hb sebelum solat subuh tadi tapi bila balik rumah aku masukkan catatan dalam borang analisa di komputer tetiba hati aku berdebar. Allahuakhbar...  Total kasar semua untuk bulan April sehingga 22hb dah USD967.81 dan kalau kira purata untuk bulan ni aku dapat USD43.99 sehari. Anggaran sebulan boleh dapat USD1319.74 dan kalau tukar dalam ringgit plak lebih kurang RM5016.26 tuh.... Perghhhh.... Subhanallah..... Syurkur kepada Allah yang memberi rezeki yang tak putus-putus....

23/4/2019 - Payment untuk bulan Mac dah keluar. Tunggu masyuk akaun jer...

Alhamdulillah.... payment untuk bulan Mac dah keluar dan dah di kreditkan ke dalam akaun. Tapi CIMB Malaysia belum release lagi. Harapnya petang ni dah clear masuk akaun. 

Tak sangka boleh dapat USD787.74 untuk bulan Mac tapi itu lah... rezeki Allah itu dimana-mana. Janji kita kena berusaha mencarinya dan juga jangan lupa untuk berdoa kepadaNya.


Untuk bulan April system still counting and the revenue is always increase everyday. Wow... Revenue tertinggi untuk bulan April setakat ni sehingga 21 April ialah USD93.96 dan jumlah terkumpul setakat 21 hari bulan ialah sebanyak USD838.41, melebihi jumlah terkumpul untuk bulan Mac. Perghhhh....Boleh ke sampai USD1000.00 untuk bulan April ni?


Oh ya... dok cakat-cakap pasal payment ni mungkin yang baru baca ni tak tahu apa punya bisnes nih. Hehehe... Ini adalah pasif income saya kat Youtube. 

I Am A Youtuber !!!

Inilah kerja utama saya buat masa ni. Servis komputer dah jadi income nombor 2. Sekarang ni orang sibuk dengan pilihanraya jadi saya ambil peluang ni. Upload gak pasal politik di channel Youtube saya. 

Berminat nak jadi Youtuber ? Just Whatsapp me at http://www.wasap.my/60105515684

22/4/2018 - 8.30am - Sarapan dengan bubur nasi sama ikan bilis goreng.

Hari ni pergi solat Subuh di masjid. Lama dah tak pergi solat subuh berjemaah di masjid. Bukan apa. Selalu bangun lewat. Pagi ni sedah jam 4.25am. Terus bangun g mandi dan bersiap ke masjid. Zaujah buat sarapan bubur nasi sama ikan bilis goreng. Best...

Tengah hari pergi CKS Manggatal beli telur dan hadiah hari lahir si Huda. Bising-bising dok mintak hadiah dia. Aku offer basikal tapi tak nak. Dia nak gak mainan masak2 yang berharga RM48.90 tu. Hambek ler...


20/4/2018 7.30am - Jogging di Taman Tasek Kompleks Sukan Likas

Lama tak jogging keliling tasik ni. Hari ni jogging keliling tasik 3 pusingan sahaja. Oklah... janji berpeluh. Hari Sabtu ramai orang yang datang berjogging kat sini. Kalau petang-petang pun ramai juga.

Lepas jogging, kami pergi makan roti canai plak. Hehehe... Jogging kasi bakar kalori lepas tu kasi tambah kalori plak.... kekekeke... 




Okeh... habis 3 pusingan dah...

Roti canai telur banjir di Ahsina Restoran, Manggatal.

19/4/2018 6.45pm - Kuliah kitab Mun Yatul Musalli di Kobuni

Assalamualaikum....

Rasa lama tak pergi ke Masjid Al Aqsa di Kobuni. Minggu lepas tak jadi sebab ada meeting AJK Masjid di Kg. Bandulan.

Lepas solat Magrib, terus keluar pergi ambil Ustaz Idham di rumahnya. Keluar rumah dan masuk je jalan besar, jem plak... Adehhh... Menyelit slow-slow ler.... Video rakaman LIVE tu ada dibawah ni. Tengok la yer...
Lepas kuliah, ada jamuan skit. Biasa la, mee goreng kerinting dengan air teh. OK lah... boleh alas perut untuk malan ni.




18/4/2018 10.30am - Siap edit dan upload ke Youtube video 12 Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Tok Guru Nik Aziz


Alhamdulillah.... 2 hari dok godek-godek laptop mengedit video pasal Tok Guru. MAlam semalam tak larat nak siapkan. Sambung pagi ni sampai siap sambil menunggu report revenue Youtube untuk 16hb. 

Bab yang last tu bikin air mata mengalir. Sedih tengok mayat Tok Guru diusung ke tanah perkuburan. Maklumat untuk buat video ni saya ambil daripada laman web Oh Bulan dan beberapa foto yang saya Google di internet.

17/4/2018 1.58pm - Wow... videoku masuk carta Tranding lagi di Youtube...


Alhamdulillah.... Siap upload video pasal 19 jenis makanan Kelantan yang unik ke Channel Youtube NoorSham76 Productions sekejap tadi. Dari malam tadi dok siapkan tapi separuh jer sebab mengantuk. 

Sebelum tu siapkan video pasal bini pertama PM Najib. Sekali pagi ni tengok dia punya total view dan lebih 45k. Mabeles...Dalam jam 10am dapat satu emel mengatakan video tu masuk carta video Tranding. Wow !!!... Dulu video pasal pelakon kanak-kanak filem Anakku Sazali dan pernah masuk list Tranding. 

Tengahari tadi, aku terpaksa disable bahagian komen sebab banyak sangat komen negatif dan provokasi. Kebanyakkannya tak lihat sepenuhnya video tu. Kemudian ko,men tah apa-apa. Mencarut nombor 1 la. Memang mentaliti kebanyakkan netizen Malaysia nih. Kutuk dulu. Lepas tu dah kena batang hidung baru nak bukak check detail apa ada dalam video tu.



16/4/2018 4.56pm - Dhuha 2 rakaat dibalas rezeki RM20 cash...

Ini kisah pagi tadi.

Lepas hantar zaujah dan anak-anak ke sekolah, aku terus baik kerumah. OTW balik, call adik bongsu yang tinggal di Johor. Saja nak borak-borak sebab call free dengan DIGI. Hehehe... Biasanya aku call bonda tapi kali ni calll adik plak. 

Borak-borak dalam kereta dengan hp sampai ke rumah. Sampai kat rumah aku terus bukak laptop. Nak check revenue Youtube untuk 14hb. Sekali perut memulas plak. Aku bgtau adik, aku nak ke tandas dulu. Dia pun nak keluar juga katanya. Nak hantar bini dia ke klinik. Nak check perut sebab bini dia mengandung.

Lepas TUT.... aku bersiram. Sekali datang lintasan dalam hati, suruh aku ambil wuduk dan solat Dhuha. Aku pun terus ambil wuduk dan pergi solat Dhuha. Anak sulung aku dok gosok kain baju sekolah dia depan TV. Aku solat Dhuha 2 rakaat. Hati suruh 4 rakaat tapi biasa la. Perasaan malas tu menghantui jiwa. 2 rakaat cukup la... Janji buat. LEpas tu aku sambung kerja aku di laptop.Tetiba hp berdering. Ustaz Idham call. PC di SAR tak hidup katanya. Oklah... aku cakap jap lagi ke sana. Aku terus tukar pakaian dan drive ke SAR.

Sampai di SAR, terus pergi ke opis. Ustaz Idham tengah dok melipat pelan bangunan TADIKA di Taman Inanam Laut. Nak kena hantar kepada bomba katanya. PC di pejabatr sebelah. Aku terus pergi ke pejabat sebelah TADIKA. Ada bini ustaz jaga disana. Aku test karan dulu. Ada karan masuk. Test PSU PC tu, terus jumpa masalah dia. PSU rosak. Tester tu menyala 1 jer LED dia. Biasa semua LED dia akan menyala menandakan semua litar berfungsi. Ustaz cakap ada satu PC model sama yang rosak tapi PSU masi OK. So, kami tukar pakai yang tu. 

Alhamdulillah.... Selesai tukar PSU dan pasang semual casing dia. Ustaz tanya berapa caj? Aku cakap tak payah la. Skit jer tapi dia suruh gak bini dia kasi aku RM20. Bust isi minyak kereta katanya. Aku ambik jer dan cakap rezeki jangan tolak... hehehe...

OTW balik, aku terlintas pasal solat Dhuha 2 rakaat tadi. Allahuakhbar.... Allah kasi bayar cash RM20. Itu aku buat gitu-gitu jer. Kalau aku buat betul-betul, solat elok-elok, baca elok-elok dan buat sampai 12 rakaat mungkin lebih lagi. Tak hari ni mungkin ada la rezeki tu akan datang. JAdi, itu adalah pengajaran buat aku... Rezeki Allah tak salah tempat.... 

16/4/2018 4.30pm - Hujang lebat woooo...


Driving dalam hujan lebat nak oergi ambik anak di SKID. NAsib baik sampai SKID hujan dan reda. Renyai-renyai jer. Kalau tak, sesian la budak-budak ni balik sekolah dalam hujan.

15/4/2018 3.05pm - "Abah... Selipar Iman putus la.."

Ustaz Johari Morad - Kuliah Umum ( Kitab Faridatul Faraid ). Tapi hari ni baca kitab skit dan sambung ceramah pasal Israk & Mikraj. Alhamdulillah.... Banyak ilmu yang kami dapat. Nanti saya share video yang saya rakamkan.

Tunggu zaujah bersiap, Nak g beli selipar untuk anakanda Iman. Dia call bagitau selipar dia putus plak.

Beli selipar, beli roti skit. Pergi jumpa anakanda Iman di TUNAS lagi. Seronok la Ummi dia...


Ummi tunjuk tablet baru dia kat Iman. Hehehe...

14/4/2018 4.00pm - Melawat ananakda Ahmad Iman di Tunas


Anakanda Ahmad Iman (tengah) bersama Ummi dan kakak Hani.

Abah check result exam Iman. Dia dapat no.2 dalam ke;las dan no.3 dalam tingkatan. Tahniah Iman...

Masjid Bandaraya, KK, Sabah.

Lepas melawat Iman, kami ke MBR. Merehatkan diri dulu sebab sakit bahu dan lengan.

Lepak MBR sampai malam le sebab ada Forum Perdana - Israk Mikraj lepas Magrib. Lagi pun tubuh rasa sakit-sakit. 

14/4/2018 - Sabtu yang penuh dengan aktiviti luar dan dalam...

Pagi :
Bangun nak solat Subuh aku pergi tengok air dalam tangki dahulu sbb semalam air kering. Tekanan rendah. Tengah malam baru naik masuk tangki slow2.


Alhamdulillah... air penuh tangki. Dapat mandi sepuasnya pagi ni. Lepas solat subuh, terus bukak laptop. Sambung kerja editing video semalam yang pasal kisah bini pertama Najib. Aku ambik bahan2 dalam blog dan Google jer gambar2 Najib yang lama2. Lepas tu terlelap.

Sedar dalam jam 8am lebih. Zaujah dah buat sarapan. Makan fries dengan nugget jer. Hehehe... Lepas tu aku sambung kerja ngadap laptop. Buat analisa revenue Youtube. Alhamdulillah... masyuk. Catatan melebihi yang bulan lepas. Banyak peningkatannya.

Zaujah dok mengemas di dapur. Aku nak kemas kat tepi rumah. Banyak barang2 aku kat tepi rumah tu yang berterabur. Kotak kena hujan. Habis koyak. Barang2 dalam tu pon ada yang rosak.

Lisa datang ambik laptop dia. Aku masuk rumah terus sarung jubah. Hahaha... Aku buat kerja tak berbaju sebab panas. Caj RM30 jer untuk install app dan check network dia.

Mana2 barang yang rosak aku masukkan dalam bekas kotak mesin basuh yang baru beli minggu lepas. Mana yang perlu dibakar, aku bakar kat belakang umah. Zaujah dok basuh baju kat dapur.

Tengahari :
Zaujah nak basuh baju sekolah. Aku suruh Irfan naik tengok air dalam tangki. Masih banyak atau dah berkurang. Air penuh lagi. Maknanya tekanan air dah ok. Boleh basuh baju sekolah. Nak mandi solat Zohor aku cukur rambut kasi botak. Lama tak membotakkan kepala nih.


Lepas mandi, solat... makan la plak... Zaujah masak ayam kurma dan goreng telur dadar. Siap makan, kami lepak2 ruang tamu sambil layan game Crossword Puzzle di HP. Aku dan zaujah terlelap. Sedar2 dah Asar.

Petang :
Lepas solat Asar kami ke Tunas nak melawat Iman. Masa kami nak keluar rumah dia dah call. Doak tanya kenapa lewat. Hehe... tunggu owang pompuan bersiap ler....


Lepas melawat Iman kami ke MBR. Malam ni kami solat Magrib dan Isyak disini sebab malam ni ada ceramah Israk Mikraj.

13/4/2018 8.38am - Payment untuk pasif income di Youtube untuk bulan Mac dah keluar


WOWWWWwwwww,,,,,,..... Alhamdulillah.... Pasif Income with Youtube tak menghampakan dan semakin meningkat. Alhamdulillah syukur.... 

Rezeki Allah itu datang dari pelbagai cara. Jangn ingat orang dok kerja kat rumah tu tak boleh masyuk... Dan jangan ingat orang yang dok drive hantar anak-anak, hantar bini pergi kerja tu tak ada kerja... Apapun.. syukur banyak-banyak kepada Allah... Kerana ini rezeki daripada Alla SWT...

Untuk bulan Februari saya dalam USD668.24 dan semalam dah keluar result payment untuk bulan Mac. Cam tak percaya gak. Tapi result awal tu dah kena rekod iaitu sebanyak USD784.35, dan bila keluar result yang betul aku dapat USD787.74 tuh... Lebih daripada catatan awal. Biasanya dia berkuran tapi kali ini bila pembetulan dibuat, lebih plak. Itu pun rezeki daripada Allah juga...

Beberapa hari lepas pun dok "Coaching" sorang brader nih. Dia anak belajar gak camana nak dapatkan pasif income daripada Youtube ni. Kalau korang nak jadi Youtuber cama saya, sila baca disini dulu post saya pasal BEBERAPA SOALAN BAGI NEW YOUTUBER. Kalau tak faham, baru PM saya untuk bertanya. Boleh Whatsapp jer ke 010-551 5684. Segala tungjuk ajar buat masa ni FOC. Kecuali kalau nak belanja makan tu saya tak tolak. Hehehe...

Sambil-sambil dok update blog ni, sempat gak update analisa revenue untuk bulan ni sehingga 11hb. Alhamdulillah.... Ada peningkatan yang bagus berbanding bulan lepas. Semoga terus meningkat. 

Bulan ni harapnya melebihi daripada bulan lepas sebab target saya nak dapatkan income RM3000++ tapi kalau tak dapat, kita usaha lagi untuk bulan depan. Apun bergantung juga dengan naik turun matawang USD. Kalau bulan lepas tukaran USD1.00 = RM3.8154 dan harapnya jangan turun bawah RM3.80 la. Hehehe... Kalau tahun lepas best la sebab tukaran USD1.00 = RM4.35 tuh...






13/4/2018 6.37am - Tazkirah pagi jumaat : Jangan kedekut ilmu...


Alhamdulillah... Pagi ni air dah ada skit. Boleh la mandi dan gosok gigi. MAsa di masjid semalam zaujah Whatsapp bagitau air dalam tangki dah habis. Adehhh.... Tekanan air rendah. Tak masuk dalam tangki kat atas rumah. 

Jadi, subuh-subh lagi aku panjat bumbung tengok air dalam tangki.Dengar cam ada air masuk tapi tak tahu ada berapa banyak. Tengok ada dalam paras sekaki lebih dah masuk dalam tangki tu, kira ok lah. Boleh buat gosok gigi dan mandi untuk pagi ni. 

Hari ni aku malas nak masak la sebab malas nak basuh pinggan gelas dan nak masak dan cuci-cuci sayur dan ayam pun kena pakai air gak. Jimatkan air untuk mandi petang nanti.

Pagi ni kami turun awal. Hantar Irfan, Huda lepas tu baru hantar zaujah ke Kolej T6. OTW tu aku buat video live kat FB. Buat Tazkirah Pagi Jumaat skit. Tazkirah pasal JANGAN KEDEKUT ILMU skit la. Bukan apa, itu adalah cara senang kita nak dapatkan pahala. 

12/4/2018 5.30pm - Cerita pagi, cerita petang...

Citer pagi tadi... Kasi mandi bini no.3 ni ha. Hahahaha... Dah berapa hari tak mandi. NAk polish pon tak ada polisher plak. Nanti la hujung bulan ni bila dapat gaji baru order polisher machine. Nak gosok ngan tangan tak larat wo. Kereta nampak jer putih dalam gambar tapi kat luar dan nampak kekuningan. Tak real putih dah.




Petang ni kluar ambik anak di sekolah awal skit. Lepas solat Asar terus keluar.  Jam di dinding masa tu aku tengok baru 3.45pm. Si Irfan tengah dok tengok TV dan zaujah tengah dok layan mimpi. Sempat pesan ngan Irfan supaya pergi solat Asar sebelum aku keluar.

Nasi dan lauk aku dah siap masak untuk zaujah dan anak sulung aku berbuka petang ni. Mereka puasa ganti. Tu pun dan berapa kali aku ingatkan. Semalam zaujah nak puasa tapi sakit perut plak. Tak tahu la apa kenanya.

Aku lepak depan SKID sambil layan laptop. Selesaikan key in data untuk AsiaOne Reward Program baru akaun KRBandulan. Lepas tu aku layan FB serta cari bahan-bahan untuk video channel Youtube aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...