31/3/2018 9.30pm - INI RUPANYA CARA MUDAH NAK BUAT PRODUK KOSMETIK SENDIRI, PATUT MAKIN RAM...


Malam ni siap upload video CARA MUDAH NAK BUAT PRODUK KOSMETIK SENDIRI yang dah berapa hari aku dok edit tapi tak siap-siap sebab ada halangan kerja lain. Urus anak-anak dan musafir.

Malam ni aku siapkan juga penutupnya dan terus convert. Kalau semalam aku tak ke Keningau, memang dah siap dah dan siap upoload ke Channel Youtube NoorSham76 Productions. Jadi, malam ni upload, lepas setengah jam dah ada 62 view serta  2 komen daripada subscriber. Alhamdulillah.... Video ni patut ditontong oleh mereka yang nak tahu atau rasa nak jadi JUTAWAN KOSMETIK...

31/3/2018 1.20pm - Bawak famili makan Nasi Mandy di MBR

Tengahari hari ni aku bawak famili keluar makan tengahari di gerai depan MBR. Makan Nasi Mandy. Sebelum ni nak bawak anak jantan, Iman pergi makan Nasi Mandy dalam cuti sekolah hari tu tapi masa kami pergi tu gerai Nasi Mandy belum siap masak. Jadi, hari ni kena "qadha" semula janji tu.

Gerai ni biasanya bermula jam 11.30am. Kalau datang awal pagi, memang belum siap masak lagi. Dia tutup lepas Isyak. Tapi selalunya lepab magrib dah habis dan mereka dok berkemas nak tutup kedai dah bila azan Isyak berkumandang.

Nasi Mandy Arab - Ayam
Nasi mandy ni memang peberet aku. Kalau kat gerai MBR ni aku suka Nasi Mandy Ayam. Ada gak Nasi Mandy Kambing tapi aku tak berapa suka sebab sikit jer lauk dia. Kalau ayam, daging dia besar skit. Ada satu tempat lagi yang ada menu Nasi Mandy Arab ni tapi jauh skit daripada KK. Nak pergi cuba juga Nasi Mandy Arab berlauk kambing yang ramai kata memang sedap tu.

Lepas siap makan, kami ke 1B. Nak pergi tengok mesin basuh. Pagi tadi mesin basuh buat hal lagi. Tak boleh nak "rinse" air keluar. Dulu dah jadi tapi masa tu adik ipar ada. Dia tolong baiki dan boleh la pakai. Sebelun tu rosak belting dia. Aku dah tukar baru dan dia berputar memang laju giler.

Di SenQ, 1Borneo.
Kami ke SenQ. Intai-intai mana mesin basuh yang bagus dan murah serta boleh bayar ansuran. Kami ambil mesin basuh jenama Toshiba yang boleh muat 16kg. Senang skit boleh basuh toto dan kain-kain yang berat-berat. Hari Isnin ni baru kena hantar sebab esok cuti dan hari ni driver lori kerja separuh hari sahaja.

Habis urusan di SenQ kami pusing-pusing 1B. Pergi beli seluar sekolah Iman di Kamdar. Anak sulung plak minta nak jumpa kawan-kawan dia di Starbucks. AKu kasi RM20 untuk dia belanja. Lepas tu bawak anak-anak pergi Kedai Buku Popular. Anak bongsu nak beli buku.

Lepas Asar kami pergi ke Alam Mesra nak cari songkok Iman sebab songkok dia hilang di masjid sekolahnya. Tak ada saiz yang sesuai plak. Esok plak la nak kena pergi cari di MUIS.

30/3/2018 8.49pm - Happy birthday to me....


Balik dari Keningau, zaujah sambut dengan puding hari jadi. Huhuhu... Terharu tapi tak tunjuk jer. Tak ada kek pun tak apa janji ada puding yang dibuat sendiri oleh zaujah. Itu lebih baik...


30/3.2018 6.15am - Musafir ke Sinulihan, Sook dalam misi meminang untuk Ustaz Syafeq.

Lapes subuh, kami bertolak ke Keningau ikut jalan Kimanis. Hanya kami berlima, aku, anak aku  Iman dan Irfan, Ustaz Idahm dan Aljun. Rozmi tak dapat ikut sebab ada kerja lain.

Cuaca sangat bagus. Kami berhenti mengisi minyak dekat Petron di KK sebelum bangunan LHDN. Bergerak awal pagi untuk elekkan jalan jem. Tapi hari ni jalan semua ok sebab cuti Good Friday.   
Sebelum sampai di Batu 16, kabus tebal. Jarak penglihatan dalam 15m-20m jer. Sampai di Batu 16, kami berhenti layan kabus tebal yang sejuk ni. Ada beberapa buah kereta yang berhenti ambil gambar. Kat sini memang selalu orang berhenti buang air atau rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. 

Memang sejuk giler kat sini. Ini la kali pertama aku mengalami situasi cam ni. Dah berkali aku lalu kat sini bersama famili atau drive sorang-sorang kalau ada kerja kat Keningau tapi tak pernah alami keadaaan cuaca berkabus tebal cam ni. Kalau ke Kundasang tu biasa jer jalan berkabus tebal cam ni. Tengok la video di bawah ni.



Kami sampai di Keningau dalam jam 8.30am. Kami pergi sarapan dulu di Restoran Keningau. Dalam jam 10.30am bari bertolak ke Sook.Dari Sook kami ke Kg. Sinulihan. Kami sampai dalam jam 11.30am. Tunggu Syafeq dan rombongan dia dulu depan masjid Sinulihan.









Majlis selesai dalam jam 12.30pm. Kami ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Lepas tu kembali semula untuk makan-makan. Selesai makan, borak-borak, kami beransur pulang. Sebelum terus bertolak balik, singgah rumah anak murid lama Ustaz Idham kejap. Kami balik iku jalan Tambunan - KK.

29/3/2018 10.15am - Renew my driving licence

JAm 9,45am aku pergi hantar anak sulungke SEMI. Lepas tu aku terus ke Pejabat Pos dekat Mini Putera Jaya. Nak perbaharui lesen memndu aku yang akan tamat tempoh esok. Sampai sana, memang aku dah agak dah parkingmmesti penuh punya sebab ramai berurusan di Pejabat Immigresen. Sambil melilau mencari tempat parking, mulut aku dok zikir baca zikir Nabi Yunus semasa dalam perut ikan Nun iaitu La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zalimin...

Alhamdulillah... Aku dapat petak parking dekat skit nak pergi ke Pejabat Pos. Sib baik tak ramai orang. Aku beratur menunggu 3 orang je didepan aku.

Siap perbaharui lesen memanduku. Esok tamat tempoh tapi disebabkan esok cuti Good Friday di Sabah, jadi hari ni aku terus renew. Buat 2 tahun. Nanti mati bukan 3 2020 plak. Setahun RM30.00 jer tapi sebab buat kat Pejabat Pos, kena caj komisen dan GST jadi semunya RM62.10 la aku kena bayar.

Selesai urusan di Pejabat Pos, aku terus ke SAR. Nak ambik anak bongsu plak...

29/3/2018 8.34am - Foto-foto kami di Kudat dari HP Zaujah

Dibawah ini adalah sebahagian gambar-gamnbar daripada HP zaujah yang diambil semasa kami bercuti ke Kudat,Sabah pada 23-24 Mac 2018 yang lepas.












28/3/2018 4.30pm - Selpie Vs Selfie... Aik ? Bila masa plak aku tukar nama jadi MenHeng nih?

SemBoy...
Assalamualaikum dan selamat petang... 

Bertemu lagi kita yer... Kali ni ni dengan gambar-gambar selfiekku. Hehehe... Dengan spec hitamnya... Cam sibuta plak. Hahahaha... Apa ni asyik gelak jer...? Hehehehe... Ketawa tu awet muda... Hahahaha... Sambil blog ni sambil lawan lagi Habibal Qalbi oleh Nissa Sabyan. Best woo... Lagu untuk Rasululah SAW. 

Dok layan blog dan lagu di Yotube, tengok jam dah pukul 5.00pn dah. lagi 40 minit anak aku kluar sekolah. 

Matahari dah berputar sedikit dan paksi lama. Jadi tak la cahaya panas tu masuk dalam kereta. Dulu kalau parking depan sekolah ni panas betul petang-petang sebab cahaya matahari petang masuk kereta. Kena tutup cermin dengan kertas atau kain. Depan sekolah ni pun ada pokok. Dulu pokok tu kecik jer. Ni dajh makin besar, daun lebat. Boleh buat berteduh daripada panas. Alhamdulillah....

Aku kalau dok lepak dlam kereta, ada HP kat tangan mula la nak snap gambar. Ambik gambar sendiri. Selfie la tu orang kata. Saya buat simpanan sendiri. Nak tayang-tayang kat FB, ada la skit. Banyak-banyak pon kita ni bukan encem sangat pun. Hahaha...  Paling banyak letak gambar selfie dalam blog.

Tengah update blog.
Untuk simpanan. Kalau simpan dalam HP, full plak memori dia. Tapi sekarang ni lagi senang sebab aku buat AUTO BACKUP ke Google Photos. Segala foto yang aku shap pakai HP ni dia akan upload ke Cloud Google Photos secara automatik. Nak share ke blog ni pun senang. HP zaujah pun aku biat cam tu sebab dia tak reti nak backup foto-foto dalam HP dia. Jadi, kalau dia ambil gambar, aku bleh tengok kat mana-mana dengan bukak je akaun Google Photos dia di laptop atau komputer mana-mana. Oh ya, bila cakap bab Google Photo ni baru aku teringat nak download gambar-gambar daripada HP zaujah aku ni. Gambar-gambar kami ke Kudat minggu lepas. Aku belum ambil lagi gambar-gambar daripada HPnya. Nak upload ke blog ni.

Oh ya, tengahari tadi aku nak check whatsapp daripada zaujah aku. Sekaliada satu mesej daripada nombor yang aku tak kenal. Daripada cikgu sebuah sekolah yang aku pon tak tahu kat mana sekolah tu.

Dia ingat aku supplier alat tulis kot. Rupanya kawan dia yang bagi nombor aku. Silap bagi nombor la tu. Hehehe...
Tengah drive nih...

Men In Black...



28/3/2018 12.24pm - Siap upload video Musang Berjanggut - Filem komedi sinikal yang berprofil tinggi.



Terus upoload video ni ke Channel Youtube NoorSham76 Productions lepas siap convert. Siap je upload, terus ada beberapa view. Laju gak orang tengok. 

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P.Ramlee hidup dulu. Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. 

Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita.

28/3/2018 11.36am - Sakit perut dok gelak layang Pi Mai Pi Mai Tang Tu - Surat layang



Sakir perut aku dok layan komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu nih sambil dok buat kerja editing video untuk Channel Youtube NoorSham76 Productions. Memang gelak sakan jer kalau tontong komedi ni terutama kalau ada si Wan Ismail Golok aka Pok Ya Con Codei. 

Sekarang ni tak ada dah komedi sitcom camni. Kalau ada pun memboringkan. Tak boleh lawan mereka ni. Rancangan Maharaja Lawak pun tak boleh challange otai-otai nih.

28/3/2018 8.39am - Nak siapkan video pasal Musang Berjanggut - Filem komedi sinikal yang berprofil tinggi

Dari semalam lagi aku dok edit video pasal Musang Berjanggut - Filem komedi sinikal yang berprofil tinggi nih. Tak siap-sia lagi. Apa tak nyer... Baru nak buat kerja, tengok jam nak kena g ambil anak kat sekolah. Lepas tu ingat baleum masuk dapur lagi. Lepas ambik anak, balik umah masuk dapur dulu. Dah siap masak, tengok HP ada mesej daripada zaujah minta ambik di kolej. Kluar drive kereta, jalan jem plak. Huhu... Banyak masa hari di jalan atas kereta. 

Tu  la orang kata aku kerja kat umah ni banyak masa. SIap boleh tido lagi. Banyak la kau punya masa. Atuk kau la.... Ni nak update blog ni pun ada sedikit masa sebab tenagh dok menaip menguodate blog ni pun tengah berfikir mencari idea nak edit video. Buat 2/3 kerja dalam satu-saty masa. Kepala pun rasa berdenyut semacam jer. Baru jer tadi sorang cikgu call minta datang sekolah dia suruh tengok-tengokkan komputer sekolah yang lembab giler tu  katanya. 

Berbalik kepada video Musang Berjanggut ni, bahan-bahan dia aku dah ada cuba idea nak sunting video tu supaya jadi menarik jer.

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita. 

Ada dah buat separuh semalam. Tapi cam blur skit. Hahaha... Fikir punya fikir, perut plak meragam. Masuk jamban la dulu.... Mungkin ada idea yang menarik datang time tengah melepas tu. Hahahaha....

Nanti dah siap, aku update balik status ni dah letakk link video tu disini...

28/3/2018 7.39am - Analisa pasif income sehingga 25hb dah USD604.20

Alhamdulillah.... pasif income yang tak menghampakan. Bukan skim MLM yer... Yang ni kita usaha kita dapat. Pasif income ni maksudnya anda hanya buat sekali tapi dia masuk berkali-kali. Kalau aktif income, kita jual barang, masa tu gak kita dapat dan hanya sekali tu. Nak dapat lagi kena jual barang lagi. Ada gak pasif income ni bercampur dengan aktif income. Contohnya ; kita rakam album lagu. Sekali jer kita rakamn lagi tu. Pastu kita burn dalam banyak-banyak CD dan jual. Ini yang saya faham la... Mungkin ada definisi yang lebih bagus untuk menerangkan pasal Pasif dan Aktif Income nih.

Saya buat pasif income di Youtube di mana saya buat video dan upload kat Youtbe Channel yang saya daftarkan. Lepas tu saya tak payah sibuk-sibuk nak jual video tu. Sapa yang tengok, saya dapat bayaran daripada Google Adsense yang menguruskan bayaran untuk video di Youtube. Walaupun saya tak buat apa-apa, saya tengah tidor, tapi ada orang tonton video saya tu, saya tetap dapat bayaran. Best kan.... Jadi, kerja saya hanya upload video banyak-banyak... Hujung bulan tua hasil....

27/3/2018 4.43pm - Cam si buta plak kalau pakai spec hitam...

Aku ni sebenarnya bukanya suka pakai spec ni lebih-lebih lagi kalau spec hitam. Cam sibuta plak. Hahaha... Aku beli spec  ni pun masa pegi Kudat minggu lepas. Sebab nak pergi Simpang Mengayau. Kat sana panas. Nak tengok permandangan laut pun silau. Jadi, kebetulan ada plak breder yang menjaja spec, tapi pinggang dan dompet ni dapat dekat aku, aku pilih-pilih la mana yang berkenan. Dia minta RM35.00 aku tawar RM20. Dia kasi down RM30. Aku cakap aku nak RM20 gak. Dia down lagi RM25. Aku cakap kalau RM20 jer aku ambik. Kalau tak, TQ jer. Dia mengalah... Hehehe... Jahat ke aku nih? Aku sebagai pengguna, nak harga murah dan tak salah kalau aku tawar menawar.


Dah dia nak jual dengan harga RM20. Aku beli la. Zaujah mula-mula tu tak kasi beli tapi aku bayar gak. Tapi bila dia plak yang pakai, best plak katanya. Hehehe... Pompuan... gitu ler...

Pegi Simpang  Mengayau ari tu cuaca panas sangat jam 4.00pm. Aku ambik gambar pun main agak-agak jer sebab tak berapa nampak sebab silau. Gamnar plak ambik pakai HP jer. Dulu best semasa ada Nikon D90. Sayang, kena curi. Dekat 5k gak harga termasuk aksesori yang aku beli Nikon dulu tu. Tapi apakan daya. Bukan rezeki nak duduk dengan aku lama.

27/3/2018 12.06pm - Opisku dimana-mana saja...

Beginilah hidupku sekarang. Opisku dimana-mana saja dan tak kira masa. Kadang-kadang aku kerja 12 jam sehari dan kadang-kadang 24 jam sehari. Kadangkala opisku dirumah dan kadangkala opisku di dalam kereta. Kalu orang lain opisnya ada aircond, aku pun ada aircond juga. Aircond kereta. Tapi yang bestnya opis dalam kereta ni aku boleh lihat permandangan macam-macam kat luar. Kalau tak suka, aku boleh pindah mana-mana tempat yang aku suka. Hahaha.... Syokkan... Opis dalam kereta ni biasanya taime aku ambik anak-anak balik sekolah jer. Atau kalau hari minggu, nak lepak-lepak kat luar di tepi pantai, boleh juga. Sambil buat kerja, sambil layan famili outing.

Kerja sendiri cam aku ni yang tak tentu masa kadang-kadang seronok dan kadangkala tu bikin kalut gak. Kalut bila kita ada idea tapi time tu la line internet buat hal atau laptop/PC kena serangan virus atau malware. Huhuhuhu... Ya la kan... kerja dengan maklumat dari serata dunia maya, dengan sentuhan hujung jari sahaja, kita dan dapat apa yang kita nak. Lepas tu, buat sedikit editing.

Oh ya, bagi yang belum tahu, aku ni Youtuber. Cari makan online di Youtube dan internet serta aku ada buat servis komputer dan printer dirumah.

Aku tak buat kerja-kerja lapangan servis komputer dan printer kecuali kerja lapangan untuk rakaman video bagi channel Youtube aku sendiri. Biasanya rakaman ceramah dan kuliah agama la. Selalu ikut kawan aku, Ustaz Idham Abbas buat ceramah atau kuliah agama. Aku timba ilmu agama sekali. Yang aku kadangkala ralat skit bila aku plak kena panggil dengan gelaran ustaz. Hehehe... 

Malu la woiii... Aku bukan ustaz. Aku baru nak startz. Memang la kadangkal orang selalu melihat aku ke masjid, dengan berjubah dan berserban. Itukan sunnah... Lagipun nampak cantik dan kemas.... Hehehe...   

Opss.... tengah-tengah dok menaip ni anak aku dah sampai dan dah bunyi azan zohor di HP aku. Nak pegi solat zohor dahulu di Masjid Muhajirin, Kg. Warisan. Dekat jer ngan sekolah ni. Pastu hantar anak aku semula ke sekolah sebab dia ada kelas KAFA.

==============================================================
Please Like, Follow or Subscribe me at :

My cooking & travel videos >> https://www.youtube.com/c/iammohdsham76
My family stories >> https://www.youtube.com/user/rinda05
My jobs >> https://www.youtube.com/user/warisan2u
About me >> https://www.facebook.com/iammohdsham
NoorSham76 Productions >> https://www.youtube.com/c/NoorSham76Productions
My Twitter >> https://twitter.com/mohdshamzurinda
My Instagram >> https://www.instagram.com/iammohdsham

26/3/2018 4.39pm - "Masjid Nabawi" di Kota Kinabalu...

Tengahari tadi, pergi ambik zaujah di Kolej Tingkatan 6, lepas tu terus ke KKIA. Nak cuba tukar tarikh tiket balik kampung untuk raya nanti. Tarikh balik kampung dah OK cuma tiket balik Sabah jer yang tak OK. Flight semua full. Terpaksa la kami balik 26hb Julai ke Sabah. Lewat 3 hari tuh... Kena buat surat makluman kepada sekolah anak-anak. Balik, kami singgah makan Nasi Mandy di gerai depan MBR. Hujan punya la lebat. Tengah dok makan, azan Asar. Lepas makan, terus pergi solat Asar. Masuk je masjid, "MasyaAllah... aku kat Masjid Nabawi ke nih. Cantiknya.... Dalaman Masjid Bandaraya dicat baru dengan corak seperti dalam Masjid Nabawi di Madinah. 

Lepas solat tengok jam dah pukul 4.00pm lebih dah. Terus pergi SKID. Tunggu anak-anak balik sekolah. Hujan pun dah berhenti, Lepak depan SKID dengan zaujah dalam kereta. Kami "dating" la dulu sambil tunggu anak-anak balik sekolah. Sambil tu, aku update dulu blog nih. 

Dok dalam kereta, aku matikan enjin dan bukak tingkap sebab nak jimat minyak dan nak sedut udara segar lepas hujan tapi kereta sebelah ni tak reti bahasa. Bukan panas sangat pun nak pasang aircond. Tapi itulah manusia... Tak sensitif langsung dengan keadaan sekitar. Fikir kepentingan untuk diri sendiri jer...

26/3/2018 8.18 - Atos oh Atos...

Pagi ni zaujah tanya mana kereta Atos. Aku cakap nak hantar kat pomen malam semalam, Balik dari masjid dengan pomen. PAstu dia terus bawak balik kereta tu untuk dibaiki. Tengahari semalm aku pergi beli bateri dengan absorber dia. Balik rumah, pasang bateri dan cuba start. Alhamdulillah... ok. Enjin lancar jer. Aircond masih ok juga walaupun dah berbulan tersadai. Nak kena tukar absorber sebab dah leaking yang belakang punya. Yang depan pun dah tak balance. 

Habis la RM556++... Hahaha... pakai duit dari hasil Youtube. Ada juga nampak kemana duit tu dibelanjakan. Dapat pergi holiday. Bagi mak skit, belanja anak-anak dan zaujah. Bayar hutang skit... InsyaAllah... tunggu hasil untuk bulan ni plak. Tapi bulan depan baru masyuk... 


25/3/2018 3.48pm - Alhamdulillah... Income 4 angka dalam tangan...

Habis kerja lain, buat laporan analisa income harian la dulu jap. Payment untuk bulan Februari 2018 dah masuk pada 23hb. Biasa masuk pada 22hb. Mungkin sibuk dengan gaji penjawat awam. Jadi, urusan pertukaran wang tu lambat skit. Apapun, syukur.... boleh senyum lebar dengan income pasif 4 angka.
Sapa nak kasi woooiii... Kau duduk goyang kaki pun duit masuk. Tengah tido pun keting... keting... duit masyuk... Kerja sendiri, usaha sendiri. Tak payah sibuk-sibuk cari downline. Dok depan PC, ngadap laptop buat kerja. Jangan kacau orang lain. Orang pun tak kacau kita. Cuma kadang-kadang tu saya ajak gak orang nak buat job cam saya ni sebab ianya mudah. Tak psayang nak kluar modal. Hanya perlu ada HP/Smartphone ( hampir semua orang ada nih ), ada internet ( tak ada boleh cari wife free ) dan PC/Lapotp ( optional ). Dulu saya pakai HP dan hanya perlu line internet jer. Pastu rakam video dan buat editing di HP/Smartphone jer.

Alhamdulillah, dah ada duit skit, beli la laptop untuk memudahkan kerja dan kerja editing yang lebih baik.

25/3/2018 1.26pm - Bukak skrin laptop Acer Aspire V5-471

Malam kelmarin, kawan jiran depan rumah hantar laptop anak dia. Tak hiduop katanya. Skrin hitam jer. Hari ni baru aku dapat bukak sebab 2 hari aku dan famili ke Kudat, bercuti.

Skrin rosak. Bila aku bukak, ada kesan dimasuki semua. Patut la rosak. Semut dah kencing kat litar board dia.

Call kawan yang keja teknisyen komputer di Karamunsing. Aku selalu order kat dia apa-apa part laptop kalau aku nak cepat atau aku tak jumpa cari part kat online. Aku ada chek gak kat internet. Ada yang mahal dan ada yang murah. Tapi kawan tu nak cepat sebelum 30hb ni. Aku takut kalau aku order online, kat lewat sampai plak. Tanya member yang teknisyen tu dia cakap ada. Tapi harga up skit. Mmmm.. aku tau la tu. Dia up untuk dia punya komisyen. Oklah... Janji aku tak rugi dan dia pun ada gak bahagian dia dapat. Esok aku ambik...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...