Ada seorang tukang kayu handal. Satu hari ada seorang Kontraktor mahu membina rumah. Maka kontraktor itu mengambil tukang kayu tersebut berkerja kerana dia memang mahir memaku, memahat, menanggam,mempasak, mengergaji, melelas, mengetam dan mengukir kayu. Hatta dia begitu mahir dengan kerja kerja perkayuan. Bila diminta membina rumah kayu. Maka rumah itu siap dengan begitu indah.
Satu hari kontraktor itu memanggil situkang kayu.
' Pak Tukang saya ada satu projek untuk Pak Tukang siapkan dalam tempoh 1 bulan. Bolehkah Pak Tukang siapkan?' Kata kontraktor itu.
'Boleh ' jawab tukang kayu itu dengan ringkas tanpa membantah...
Setelah di beri plan maka bermulalah kerja kerja mengukur dan menegak tiang. Tepat ukurannya...tiang pun tertegak teguh setelah dipasak dengan gelegar..semua itu hasil 5 hari berkerja. Tiba tiba kontraktor tadi...ditukarkan ke tempat lain dan datang pulak kontraktor baru mengambil alih.
Kontraktor itu memanggil pak tukang tadi.
' Pak Tukang, tiang tu kenapa tak ditanam? Kenapa diampu atas alas tiang batu?' Soal kontraktor baru.
' selama ini begitulah saya buat rumah tuan. Elok je rumah itu tertegak. Semua tiang dan gelegar saya dah pasak dan tanggam. Kuat tuan . Bila diletak atas tiang batu...boleh dibuka pasang kalau tuan rumah nak pindah.' Terang pak tukang tadi.
' Eh...saya ni lulusan jurutera dari luar negara lah . Saya nak dibuat cara moden. Nah ini pelan pembangunan perumahan yang saya rancangkan...minggu pertama mesti siap ini. Minggu kedua mesti siap itu. Minggu ketiga mesti siap begini. Minggu keempat mesti siap begitu. Minggu kelima mesti selesai segala. Sudah saya mahu pak tukang ikut plan pembangunan.perumahan saya...atau PPPK. Pelan Pembangunan Perumahan Kontraktor. Faham? Sekarang bukak balik apa yang awak pasang tu.' Arah si kontraktor tadi.
Maka terkebil kebil lah mata pak tukang menurut perintah. Dia merujuk buku PPPK tadi. Semua mesti ikut peraturan. Kayu mesti ukurannya begini...gergaji pula mesti ditukar kepada gergaji berkomputer dan penukul diganti dengan nail gun yang diambil teknologinya USA. Malah 2 hari pak tukang dikursuskan oleh mr george clooney dari texas. Terkial kial lah pak tukang berkerja. Kalau dulu dengan kemahiran asas menukang dia berkerja dari jam 7 pagi dan tamat jam 1 ptg. Kali ini dia menamatkan kerjanya hingga jam 5 ptg. Lepas tu dia terpaksa bawa balik gergaji komputer untuk mengemaskini versi driver versi baru. Sebelum ini rumah pak tukang takde internet sekarang kontraktor bagi modem wifi untuk kemudahan pak tukang membuat kemaskini data dan laporan berkala projek PPPK tadi. Dah la rumah pak tukang dikaki bukit...internet pulak 1 bar sahaja. Servernya kena dikongsi dengan 2000 tukang kayu diseluruh negara antah berantah. Pening kepala pak tukang. Pukul 2 pagi update driver gergaji...baru 20% update. Lepas tu kena isi peluru paku dalam nail gun. Esoknya bila siap tiang maka pak tukang mula memaku dengan nail gun. Walaupun dah diajar oleh mr george..tapi pak tukang masih terkial kial membuat adjustment kelajuan hidrolik gun tersebut.
'Kalau aku guna penukul dah siap berdinding dah rumah ni ,' rungutnya sendirian. Tapi apakan daya. Semua mesti ikut Pelan. Disebabkan nak cepat pak tukang pun semberono je memaku. Janji papan melekat walaupun ada paku yang tertonjol. Nak dibetulkan takut memakan masa. Maklumlah lagi 2 hari kena ikut Pelan minggu ketiga pula. Setelah siap didinding. Maka pak tukang memasang kerangka atap.Kerangka atap dipasang menggunakan kayu selangan dan memudahkan dia mengatapkan zink.
Tiba tiba baru dia sedar PPPK tadi mahukan atap genting simen. Maka pak tukang pun memohon agar penggunaan atap zink diteruskan
"TAK BOLEH! BUKANKAH DALAM PPPK CAKAP ATAP GENTING? KENAPA NAK MEMANDAI DARI SAYA?" Jerkah kontraktor pada pak tukang.
Tapi tuan Genting tu berat. Boleh roboh gelegar atap tuan. Terang pak tukang merasionalkan kontraktor tadi.
" AWAK TAHU TAK ...KAT AUSTRALIA DAH BUAT MACAM NI. ELOK JE...AWAK BUAT JE JANGAN NAK.BANTAH!" arah kontraktor tadi. Maka pak tukang pun buat lah....sambil menitiskan airmata mengenang hasilnya. Dahlah tiang bertanggam disuruh ganti tiang berpaku hidraulik..sekarang disuruh beban dengan atap genting. Maka yang disuruh tetap dipatuhi. Setelah cukup minggu keempat rumah nampak siap tapi ada senget...ada herot..lantai tak rata....tiang goyang...gelegar melendut.....Minggu kelima segala dah dipasang tingkap dan pintu dan dicat menarik...
Kontraktor pun datang.
Inilah rumahnya tuan...kata pak tukang.
ADUHHHH....KENAPA RUMAH SENGET? TENGOK ADA PAKU TERSEMBUL...BODOH SANGAT KE TAK PANDAI MEMAKU? DAH PULUH TAHUN JADI TUKANG KAYU PUN BODOH. KENAPA LANTAI TAK RATA...GELEGAR SENGET...ATAP NI KALAU ROBOH MAMPUS SEISI RUMAH. BODOH.
Jerkah kontraktor tadi.
Tuan sebelum ni saya buat rumah juga ...Kontraktor lama elok je bagi kebebasan saya bertukang...rumah yang saya buat pun berpuluh tahun tahannya...saya ikut pelan yang kontraktor lama saya bagi dan.siapkan mengikut jadual. Pelanggan pun puashati sebab rumah tradisi mengikut acuan budaya penghuni. Saya hanya tukang kayu. Bagi saya bertukang membina rumah. Yang tuan suruh saya jadi juruteknik komputer...juruteknik hidraulik...jurukimpal...arkitek....jurutera pembinaan...juruukur pemetaan...apasal? Kalau nak buat sangat gajilah orang lain buat semua tu....saya hanya TUKANG KAYU.!!!TUKANG RUMAH!!!!...Pak tukang melepas geram sambil meninggalkan kontraktor....Kontraktor terdiam dan melantunkan pandangan pada rumah senget dan menyenget...dan menyenget.....dan rebah ke bumi.
Sekian...cerpen kali ini.
Ohya gambar keratan akhbar dibawah ini tiada kena mengena dengan cerpen. Ia sekadar gambar hiasan.
No comments:
Post a Comment