4/3/2018 : 10.50pm - Sambung projek video dalam bilik plak...

Alhamdulillah... selesai projek. Malam ni buat kat bilik jer. 

Balik daripada masjid, aku hantar monitor komputer ke rumah Cikgu Juria. Monitor PC dia rosak. Lepas tu terus balik rumah. Sampsi dirumah tengok semua dah masuk bilik masing-masing. Aku pun kemas-kemas barang aku apa yang patut, terus naik bilik. Tengok bini syok lentok atas katil. So, aku apa lagi...

Aku keluarkan "barang" aku dan terus cucuk pastu tekan.... Aiseh... Naper tak masuk plak? Rupanya
aku tak ON suis plug. Camana la nak masuk caj HP aku. Low bat sudah. Aku nak transfer fail video ke laptop. Video yang aku rekod Ustaz Johari mengajar kitab Faridatul Faraid pagi tadi Transit Al Hidayah, Kg. Nawoi, Kiulu, Sabah.

Hehehe.... Mesti ada yang fikir lain nih? Malam ni aku siapkan projek video aku kat bilik jer. Biasanya aku ngadap PC kat meja kerja aku. Dah ada laptop ni, bolej buat kerja dimana-mana jer yang aku nak. Walau dalam tandas sekalipun. Hahaha... Tapi tak ler bengong aku nak buat kerja dalam tandas. Tersiram air kat laptop tu baru haghu...

9.30am - PERGI KIULU DENGAN USTAZ IDHAM

Aku tunggu Ustaz Idham depan SAR Wadi Kauthar. Kami ke Transit Al Hidayah di Kg. Nawoi, Kiulu, Sabah. Setiap Ahad ada kuliah umum oleh Ustaz Johari Morad. Dah lama aku tak pergi dengan kuliahnya sebab aku balik kampung dan dah masuk tahun baru ni aku sibuk urus anak-anak sekolah.

Isteri ustaz ikuy sekali taopi bini aku takj adapat iktu sebab ada kerja rumah yang belum selesai. Kami ikut jalan Telipok tapi sampai dekat simpang 3 di atas bukit dekat Kg. Logkou ada signboard bagitau jalan ditutup tapi tak ada kon yang halang jalan tu. Nak iktu jalan tu risau kan jalan betul-betul tutup, jauh plak nak kena pusing. Jadi, kami ikut jalan altenatif. Jauh skit la... 

Alhamdulillah, sampai sana belum mula lagi kuliah sebab ada sahabat baru yang baru juga sampai. Aku terus pergi salam dengagn Ustaz Johari. Terpancar wajah kegembiraan dengan kedatangan kami. Kami duduk sekejap lepas tu ke surau di sebelah asrama sebab Ustaz Johari dah nak mulakan kuliahnya. 

Ustaz Johari baca dua kita iaitu kitab Faridatul Faraid ( Tauhid ) dan juga kita Penawar Bagi Hati ( Tasawuf ).  Kitab Faridatul Faraid ni membahaskan bab sifat-sifat Allah SWT  iaitu Sifat 20... 

Kali ni dah sampai bab Ta'aluuq Qudrat dan Ta'alluq Iradat. Kalau awal-awal mendengar tu memang pening skit nak faham tu. Tapi ustaz dah bagitau bab ni bukan fardhu ain sebab ia susah skit nak difahami betul-betul. Kepada yang nak tengok rakaman video tu, bole la layarai channel youtube saya di https://www.youtube.com/iammohdsham76 . Kat situ banyak video-video ceramah yang saya rakam dan juga ada yang saya buat LIVE terus daripada tempat kuliah tersebut.

4.00pm - HANTAR IMAN BALIK ASRAMA

Lepas Asar, hantar Iman balik asrama kat TUNAS. Iman bagitau kasut sukan dan kasuk hitam dia hilang. Sampai di asrama, kami sama-sama cari. Kot-kot ada tersilap letak kat mana-mana. Pusing punya pusing, aku ternampak kasut dia ada di tepi tangga hujung asrama. Mungkin ada yang terjumpa dan letakkan disitu. 

Lepas selesai urusan dengan anak aku di TUNAS tu, kami ke rumah Cikgu Juria sebab dia minta tengok monitor PC dia. Tiba-tiba skrin jadi putih jer...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...