4/3/2018 : 6.10am - Setiap pekerjaan itu sertakan niat kerana Allah

Alhamdulillah.... Pagi ni sempat gi masjid dan azankan azan subuh di Masjid Raudah, Kg. Bandulan. Tunggu Ustaz Idham. Mana plak dia nih? Tido ker? Tak ramai jemaah pagi ni dalam 6/7 orang jer termasuk aku. Pak Cik Abdillah iqamah dan minta aku imamkan solat Subuh. 

Lepas solat, wirid dan aku bagi tazkirah pendek dengan tajuk Niat. Bagitau apa-apa pekerjaan kita ni kena sertakan dengan niat baru kita dapat pahala dan pekerjaan tu tak sia-sia. Aku bagi contoh skit-skit jer sebab aku bukan ustaz dan ilmu pun cetek jer. Kongsikan sedikit ilmu yang kita pelajari agar mendapat sedikit ganjaran daripada Allah swt.

OTW balik, baru teringat yang pagi Ahad selalunya aku ke Surau Al Hidayah di Apartment Angkasa, ikut Ustaz Idham. Ustaz selalu bagi kuliah Subuh setiap Ahad disana. Huhuu... Bukak HP tengok kat whatsapp group Surauman, memang ada pengerusi surau upload gambar ustaz Idham tengah bagi kuliah. Miss kuliah subuh daripada ustaz pagi ni.

Apapun, itu semua daripada Allah. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Mungkin pagi ni Allah nak bagi pahala untuk aku dengan menyampaikan sedikit tazkirah subuh tadi. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...