30/3.2018 6.15am - Musafir ke Sinulihan, Sook dalam misi meminang untuk Ustaz Syafeq.

Lapes subuh, kami bertolak ke Keningau ikut jalan Kimanis. Hanya kami berlima, aku, anak aku  Iman dan Irfan, Ustaz Idahm dan Aljun. Rozmi tak dapat ikut sebab ada kerja lain.

Cuaca sangat bagus. Kami berhenti mengisi minyak dekat Petron di KK sebelum bangunan LHDN. Bergerak awal pagi untuk elekkan jalan jem. Tapi hari ni jalan semua ok sebab cuti Good Friday.   
Sebelum sampai di Batu 16, kabus tebal. Jarak penglihatan dalam 15m-20m jer. Sampai di Batu 16, kami berhenti layan kabus tebal yang sejuk ni. Ada beberapa buah kereta yang berhenti ambil gambar. Kat sini memang selalu orang berhenti buang air atau rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. 

Memang sejuk giler kat sini. Ini la kali pertama aku mengalami situasi cam ni. Dah berkali aku lalu kat sini bersama famili atau drive sorang-sorang kalau ada kerja kat Keningau tapi tak pernah alami keadaaan cuaca berkabus tebal cam ni. Kalau ke Kundasang tu biasa jer jalan berkabus tebal cam ni. Tengok la video di bawah ni.



Kami sampai di Keningau dalam jam 8.30am. Kami pergi sarapan dulu di Restoran Keningau. Dalam jam 10.30am bari bertolak ke Sook.Dari Sook kami ke Kg. Sinulihan. Kami sampai dalam jam 11.30am. Tunggu Syafeq dan rombongan dia dulu depan masjid Sinulihan.









Majlis selesai dalam jam 12.30pm. Kami ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Lepas tu kembali semula untuk makan-makan. Selesai makan, borak-borak, kami beransur pulang. Sebelum terus bertolak balik, singgah rumah anak murid lama Ustaz Idham kejap. Kami balik iku jalan Tambunan - KK.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...