Baru lepas solat Isyak. Lepas Magrib, baca Yassin. Lepas tu baring dan terlelap sebab tak berapa sihat. Batuk dan hidung plak tersumbat. Nak selsema ke ni? Lepas solat Isyak, bukak hp tgk banyak emel dan mesej Whatsapp. Sekali satu mesej Whatsapp ni menarik perhatianku. Selalunya kalau mesej panjang berjela ni aku abaikan jer tapi mesej ni cam kena plak dengan keadaan aku sekarang.
HIKMAH KESAKITAN
1. SAKIT itu zikrullah. Mereka yg diuji dgn sakit, lebih sering mnyebut nama Allah berbanding pd waktu sihatnya.
2. SAKIT itu istighfar. Kita akan mudah tringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah utk memohon ampun.
3. SAKIT itu juga muhasabah. Org yg sakit akan lebih byk waktu merenung diri dlm sepi, mnghitung-hitung bekal utk kembali.
4. SAKIT itu jihad. Org yg sakit tidak boleh mnyerah kalah, diwajibkan utk berikhtiar demi kesembuhan.
5. SAKIT itu ilmu. Sakit akan mmbuat kita memeriksa dan mncari ilmu utk tidak mudah sakit.
6. SAKIT itu juga nasihat. Yg sakit selalu suka mnasihati yg sihat agar mnjaga diri. Yg sihat mnasihati yg sakit agar bersabar.
7. SAKIT itu silaturrahim. Keluarga yg jarang dtg jengok akan dtg mnziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dpt buah tangan lg.
8. SAKIT itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mndpt pnyucian.
9. SAKIT itu mustajab doa. Imam as-Suyuti mngelilingi kota mncari org yg sakit agar mndoakannya dan kita juga perlu selalu begitu.
10. SAKIT itu mnyusahkan syaitan. Diajak maksiat tidak mahu dan tidak mampu, malah disesalinya.
11. SAKIT itu sedikit ketawa dan byk menangis. Satu sikap keinsafan yg disukai Rasulullah dan makhluk di langit.
12. SAKIT mningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, tasbih istighfar lebih byk dan tahiyat jg jadi lebih lama.
13. SAKIT itu mmperbaiki akhlak. Kesombongan trkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jd santun, lembut dan tawaduk.
14. SAKIT mngingatkan kita akan mati, mmbuatkan kita sentiasa beringat utk mnghadapinya.
15. SAKIT itu tingkatkan darjat. Apa sahaja jenis sakit trmasuk stres, tekanan fikiran hatta trcucuk duri sekecil apa pon akan mnjadi asbab seseorg ditingkatkan darjatnya di sisi-Nya.
Kesemua hikmah ini akan diperolehi apabila sakit itu diterima dgn hati yg sabar dan redha tanpa mmpertikaikan dan protes trhadap ketentuan Ilahi...
Nukilan dari buku Hearts App, Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari
Buat nota sambil nunggu turn rawatan kat KK Tg Sepat pg td, utk renungan kita bersama...
No comments:
Post a Comment