5/3/2018 : 8.03am - Antara kari Vs perut

Pagi ni aku bangun tido dekat jam 5.30am. Bini kejutkan. Dalam kepala aku ni fikir hari masi cuti. Pastu baru terlintas hari ni hari Isnin da...

Pagi ni, perut memulas giler. Rasa cam usus aku di diperah dan dan dipulas-pulas. Adehhhh.... Mlm tadi pun aku susah nak tido sebab perurt meragam, memulas gak. Tapi tak nak keluar bila masuk tandas. Pagi ni, dia berebut nak kluar. Memilih masa gak la "dia" nak keluar.  Tapi lega la walaupun membuatkan bibir bawah aku pedih. Hahahaha... Giler...

Ini la bahana makan pedas. Rasanya sebab aku makan kari ayam pedas semalam. Perut aku ni sensitif skit dengan lada dan kari. Nafsu aku memang nak makan dan lidah aku kata sedap. Tapi perut aku tak boleh nak terima. Jadi, terima la padahnya.... huhuhu...

Tapi aku suka masak kari. Kalau aku masak kari ayam sekarang ni aku pakai periuk Noxxa jer. Mudah dan senang. Boleh tengok salah satu resepi kari ayam aku kat bawah ni.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...