27/3/2018 12.06pm - Opisku dimana-mana saja...

Beginilah hidupku sekarang. Opisku dimana-mana saja dan tak kira masa. Kadang-kadang aku kerja 12 jam sehari dan kadang-kadang 24 jam sehari. Kadangkala opisku dirumah dan kadangkala opisku di dalam kereta. Kalu orang lain opisnya ada aircond, aku pun ada aircond juga. Aircond kereta. Tapi yang bestnya opis dalam kereta ni aku boleh lihat permandangan macam-macam kat luar. Kalau tak suka, aku boleh pindah mana-mana tempat yang aku suka. Hahaha.... Syokkan... Opis dalam kereta ni biasanya taime aku ambik anak-anak balik sekolah jer. Atau kalau hari minggu, nak lepak-lepak kat luar di tepi pantai, boleh juga. Sambil buat kerja, sambil layan famili outing.

Kerja sendiri cam aku ni yang tak tentu masa kadang-kadang seronok dan kadangkala tu bikin kalut gak. Kalut bila kita ada idea tapi time tu la line internet buat hal atau laptop/PC kena serangan virus atau malware. Huhuhuhu... Ya la kan... kerja dengan maklumat dari serata dunia maya, dengan sentuhan hujung jari sahaja, kita dan dapat apa yang kita nak. Lepas tu, buat sedikit editing.

Oh ya, bagi yang belum tahu, aku ni Youtuber. Cari makan online di Youtube dan internet serta aku ada buat servis komputer dan printer dirumah.

Aku tak buat kerja-kerja lapangan servis komputer dan printer kecuali kerja lapangan untuk rakaman video bagi channel Youtube aku sendiri. Biasanya rakaman ceramah dan kuliah agama la. Selalu ikut kawan aku, Ustaz Idham Abbas buat ceramah atau kuliah agama. Aku timba ilmu agama sekali. Yang aku kadangkala ralat skit bila aku plak kena panggil dengan gelaran ustaz. Hehehe... 

Malu la woiii... Aku bukan ustaz. Aku baru nak startz. Memang la kadangkal orang selalu melihat aku ke masjid, dengan berjubah dan berserban. Itukan sunnah... Lagipun nampak cantik dan kemas.... Hehehe...   

Opss.... tengah-tengah dok menaip ni anak aku dah sampai dan dah bunyi azan zohor di HP aku. Nak pegi solat zohor dahulu di Masjid Muhajirin, Kg. Warisan. Dekat jer ngan sekolah ni. Pastu hantar anak aku semula ke sekolah sebab dia ada kelas KAFA.

==============================================================
Please Like, Follow or Subscribe me at :

My cooking & travel videos >> https://www.youtube.com/c/iammohdsham76
My family stories >> https://www.youtube.com/user/rinda05
My jobs >> https://www.youtube.com/user/warisan2u
About me >> https://www.facebook.com/iammohdsham
NoorSham76 Productions >> https://www.youtube.com/c/NoorSham76Productions
My Twitter >> https://twitter.com/mohdshamzurinda
My Instagram >> https://www.instagram.com/iammohdsham

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...