Alhamdulillah... Baru lepas ajar sorang hamba Allah yang nak tahu camana nak dapatkan duit melalui Youtube. InsyaAllah, sapa-sapa yang nak ilmu dan nak belajar bagaimana nak dapatkan bayaran/duit/income melalaui Youtube ni, saya akan tolong. Percuma sahaja. Tapi kalau nak bayar, saya alu-alukan. Hahaha...
Terkejut gak tadi bila saya buat kira-kira pendapatan yang saya dah dapat sejak saya aktif jadi Youtuber nih. Daripapa mula-mula saya dapat bayaran pertama hinggalah bayaran untuk bulan Februari 2018 ni semuanya dah USD3255.28 dan kalau tolak dengan jumlah caj bank sebanyak USD65.00, dan kalau saya ambil tukaran USD kepada RM, dimana USD1 = RM3.8, maka jumlah yang saya dah dapat adalag RM12123.064 woooo.... Kalau dikumpulkan, boleh pergi umrah dah nih.
Tak rugi saya jadi Youtuber. Rezeki Allah itu dimana-mana dan macam-macam cara. Yang penting, usaha. Dulu saya bukak kedai, berbisnes tapi terpaksa tutup. Buat kerja dirumah jer. Alhmdulillah, rezeki Allah tak pernah padam. Dirumah pun boleh buat duit wooo... Dengan usaha dan tawakal dan doa kepada Allah SWT yang tak pernah putus, akhirnya membuahkan rezeki untuk kami sekeluarga.
Dulu nak beli apa-apa, tunggu duit orang datang baiki komputer atau printer. Itu pun kalau ada. Tapi sekarang, saya dah boleh cakap yang saya pun ada "gaji".... hehehe... Dulu malu nak cakap yangkita kerja kat umah. Ya lah.. orang tengok kita dok kerja hantar anak-anak dan zaujah ke sekolah. Lepas tu balik umah masak-masak, basuh kain, jemur kain... Cam tak kerja jer... Padahal orang tak tahu, kita sekarang ni tengah tido pun duit tengah masuk. Kawan-kawan pun selalu dok cakap yang aku ni kerja ngan Google. Hehehe,,,
No comments:
Post a Comment