2/3/2018 : 4.47pm - Menunggu anak sulung balik sekolah

Lepak dalam kereta sambil buat kerja di laptop.
Lama dah tak tulis coretan atau journal nih. InsyaAllah, bermula hari ni nak sambung balik. Ni ada ada laptop baru, boleh la buat journal dimana-mana sahaja dan pada vila-bila masa yang terluang.

Sebelum tu nak ucap terima kasih banyak- banyak buiat isteri tercinta kerana menghadiakan sebijik laptop HP Pavilion X360 kepadaku untuk memudahkan kerja-kerjaku yang akan datang. Nak sambung journal ni pun senang skit. Kalau tak, buat kerja ngadap PC kat umah je la. Kali ni, tepi jalan pun boleh buat kerja. Aku kalau menunggu anak-anak balik sekolah, kena datang awal sebab nak elak jalan jem. Paling awal anak sulung baliksekolah jam 5pm dan paling lewat anak bungsu pada jam 5.40pm. Itu memang jalan jem giler depan sekolah.

Tapi hari ni waktu petang ambil anak sulugn sorang je la sebab anakbongsu cuti sebab demam. Cian dia.... Dok "ralik" menaip nih tengok jam di laptop dan pukul 5.03pm. Nampak budak-budak SMK Inanam @ SEMI dah kluar. Oklah... Nanti sambung lagi cerita yang lagi best lepas nih....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...