19/3/2018 7.30am - Berjogging 2km di Taman Tasik Kompleks Sukan Likas

Pagi ni kami satu famili pergi jogging di Taman Tasik Kompleks Sukan Likas. Lama tak jogging kat sini. Aku jalan dan lari-lari anak 2 pusingan jer. Pusingan pertama peha rasa seperti dicucuk-cucuk. Rasa gatal-gatal. Mungkin lemak nak pecah sebab lama tak jogging dan berjalan jauh. Pusingan kedua plak, kluar angin dengan sendawa. Zaujah ajak buat satu pusingan lagi tapi aku tak larat dah. Rasa lenguh sendi lutut dan buku lali. 

Kami pergi rehat-rehat sambil buat senaman perut dan kaki. Zaujah pergi pijak-pijak batu urut tapak kaki dekat "bulatan Shell". Si Baby plak sibuk dok minta duit nak beli eskrim. Anak-anak jalan satu pusingan jer. Lepas tu dok tepi tasik tengok ikan. Lepas tu dok berlari kat tempat permainan kanak-kanak. 

Pagi ni tak ramai orang sebab hari Isnin. Hari bekerja. Tapi ada la juga budak-budak sebab sekarang ni cuti sekolah. Kami rehat-rehat jap lepas tu kami ke MBR. Aku nak ambil duit di mesin ATM kat depan masjid. Kat Kompleks Sukan tu tak ada mesin ATM.





Kami ke Hasyim Cafe di Wisma Kosan, Sarapan pagi dulu. Pekena rojak dengan sup urat. Anak-anak nak makan soto urat dengan bakso. Tadi jogging buang lemak. Ni tambah lemak plak. Hehehe..

Aku makan sup urat sebab nak buat ubat sendi lutut. Orang kata bagus sup urat untuk kasi sendi lutut tu elok dan ada pelincir. Dah tua-tua ni nak solat pun sakit sendi sebab ligamen dan kurang cecair. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...