14/3/2018 4.46pm - Mencari idea dimana saja dan bila-bila masa...

Assalamualaikum.... Tak kala menunggu sibongsu balik sekolah, inilah kerja saya. Kalau dulu saya lebih suka ambil peluang ini untuk tidur saja atau saya layan HP dengan game atau FB tapi kali ini saya ubah. Saya kerja 24 jam. Ya, 24 jam kerja walaupun dalam tido, otak masih berfikir. Hahaha... gilakan..? 

Saya sudah bagitau zaujah, saya nakkkan sebijik laptop untuk saya buat kerja walau dimana saya berada. Kerana saya nak betul-betul fokus kepada projek video di Channel Youtube NoorSham76 Productions. Punca utama kewangan saya masa kini. Kalau dulu saya tunggu jer orang hantar komputer atau printer tapi itu aktive income. Dan sejak saya beroperasi dirumah, memang susah skit la nak masyuk.

Tapi bila saya dah jumpa punca dengan anugerah Allah SWT ni, syukur tak terhingga.... Semua rezeki itu datang daripada Allah SWT. Jadi, jangan kedekut untuk berdoa. InsyaAllah, Allah akan bagi jalannya. Janji kita kena berusaha bersungguh-sungguh.

KAdang-kadang tu saya suka berkongsi idea saya dengan oranglain tapi ada yang tak ambik endah. Ada tu yang ikut tapi separuh jalan. Tak apalah. Nak buat camana. Saya tak paksa. Idea dan ilmu yang saya dapat ni saya cuba kongsikan agar orang lain pun dapat manfaat tapi biasalah, manusia ni kalau ilmu free ni susah mai ikut. nak pergi cari yang berbayar jugak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...