3/3/2018 : 7.55am - Sakinah Mawaddah dan Warahmah

 “Dan di  antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu  isteri-isteri dari jenismu sendiri (manusia), supaya kamu cenderung dan  merasa tenteram (sakinah)kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa  cinta dan kasih sayang(mawaddah wa warahmah). Sesungguhnya pada yang  demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kemahaan-Nya) bagi kaum  yang berfikir.” 

(QS. Ar Rum [30]:21)

Sedikit petikan Al Quran daripada tazkirah subuh pagi tadi oleh seorang ustaz di. Lepas tu ustaz ajak kami gi minum kopi di warung berdekatan. Sambil tu ustaz cerita lagi pasal bab nikah kahwin ni. 

Sakinah yang berarti Tenang,  “Allah SWT telah menciptakan perjodohan bagi manusia agar yang satu  merasa tenteram terhadap yang lain” Jadi Sakinah dapat diartikan secara  sederhana dengan aman, tentram, tenang dan saling melindungi. Isteri  dapat menjadi tempat berteduh bagi suami dan begitu juga sebaliknya. 

Mawaddah menurut bahasa berarti Cinta atau harapan. Dalam sebuah  Pernikahan, Cinta adalah hal penting yang harus ada dan selalu ada pada  sebuah pasangan suami Istri. Dan Mawaddah berarti Selalu mencintai baik  dikala senang maupun sedih. Mengenai pengertian mawaddah menurut Imam Ibnu Katsir adalah al mahabbah  (rasa cinta), Dalam tafsir al Alusi penulis mengutip pendapat Hasan,  Mujahid dan Ikrimah yang menyatakan mawaddah adalah makna kinayah dari  nikah yaitu jima’ sebagai konsekuensi dari pernikahan. 

Tapi apa yang penting ustaz bgtau, kalau nak nikah lebih daripada 1, iaitu berpoligami, kena faham betul-betul pasal Sakinah Mawaddah Warahmah ni. Perkahwinan yang bahagia dan diberkati dengan rahmat Allah ni banyak cobaan dan dugaannya. Nak nikah tu pun kena ada keredhaan. Kena minta keredhaan drp ibu bapa, adik beradik dan kaum keluarga yang lain.

Kalau yang dah ada bini dan nak kahwin sorang lain ( Ustaz yang bercakap ni pun bini ramai. hehehe...) tu kena minta kebenaran dan keredahaan drp bini pertama, anak-anak serta keluarga yang lain. Jangan rasa dia dah mampu, terus nak tambah cawangan lain. Faham dulu SAkinah dan Mawaddah untuk isteri pertama. Kalau nak bahagiankan yang kedua, pastikan yang pertama tu betul2 bahagia atau betul-betul ikhlas dengan perkahwinan kedua suaminya. Barulah ada Warahmah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...