Sempat lagi selfie depan HEP sambil menunggu student hantar printer untuk dibaiki. |
9.30am pergi hantar laptop zaujah sebab dia tertinggal dirumah. Dia ingat dia tinggal kat sekolah. Lupa yang dia bawak balik semalam. Aku pun tak perasan semalam yang dia bawak balik laptop tu. Dah ada laptop sendiri, laptop bini dah tak pandang. Hehehe...
Lepas hantar laptop zaujah, terus hantar anak-anak pompuan aku ni kesekolah. Mereka masuk awal hari ni sebab ada KOKUM. Lepas hantar anak bongsu, aku "park" kereta bawah pokok depan SKID jap. Bukak HP tengok banyak mesej Whatsapp masuk. Ada satu mesej yang tanya pasal servis printer. BIasa student la nih. So, bersoal jawab sekejap. Last-last aku tawarkan untuk pergi ambil sebab dia tak ada transport nak hantar. Aku pergi ambik di depan pejabat HEP Kolej Tun Mustapha. Kerta sangkut tak boleh masuk katanya.
Aku sampai umah dah jam 11.00am. Terus letak laptop aku dan tukar pakaian. Bukak printer tu dan tengok apa masalah dia. Kasi tonggeng, tak ada apa-apa yang jatuh. Aku cuba test print. Kertas dia memang sangkut. Hmmm.. mesti ada sesuatu yang besar sangkut nih. Biasanya duit syiling, pen, pembaris, dan pernah juga serpihan kaca yang sangkut kat roller tu.
Aku dok cari mana hilang pembaris besi aku ni. Ni mesti kerja anak-anak aku ni. Ambik barang-barang aku tapi tak reti nak simpan balik tempat asal. Sekali jumpa scrapper. Jadilah... Janji boleh aku buat korek printer tu. Tengok apa yang sangkut. Korek punya korek, sekali ternampak satu kilauan yang pelik. Hmmm... Sah... itu la bendanya yang tersangkut.
Aku jolok dan kasi terbalikkan printer tu. Pastu bunyi "tinggg..." atas lantai... Hah..!!! Dapat pun.. Pebenda nih...? Huruf "E". Butang tudung kot ? Aku lupa dah apa kenama benda ni sebab orang pumpuan jer pakai ni. Baru aku ingat tadi budak tu bagitau nama dia ERNA... Dia punya la tu... So, beres dah. Esok la aku hantar printer dia tu. Aku nak sambung kerja dan update blog dulu.
Oh ya, sapa-sapa yang ada masalah printer CANON atau masalah laptop, boleh la hantar kepada saya untuk dibaiki/servis. Call/Whatsapp saya di 016-826 5684 yer...
No comments:
Post a Comment