Tahlil di Kg. Bandulan. |
Baru balik dari hantar anak-anak dan zaujah ke sekolah. Pagi ni alhamdulillah dapat solat subuh di masjid. Dah seminggu tak dapat gi solat subuh di masjid sebab selalu bangun lewat. MAlam tadi tido awal sebab memang nekad nak bangun awal nak pergi solat subuh di masjid.
<<<=== Gambar semalam. Kami pergi kenduri tahlil arwah di rumah jiran dekat Kg. Bandulan semalam. Sebelum tu lepas solat Magrib kami baca Yassin ramai-ramai kat masjid.
Pagi ni ada mesyuarat PIBG di SEMI. Alah... malas plak nak pergi sebab pagi-pagi ni nak g sama semula jalan jem wooo... Lenguh kaki dok dalam jem nih. Katanya ada "orang politik" yang nak rasmikan mesyuarat tu. Baru nak turun padang sebelum PRU. Cam tu ler... Biarkanlah mereka...
Hari ni hari Jumaat. Last day sekolah. Minggu depan cuti sekolah seminggu. Best cuti sekolah tapi yang tak bestnya gaji blom masuk. Huhuhuhu... nak g jalan-jalan pun tak seronok sebab usin kering. Ada duit backup jer dalam bank.
Lepas solat Jumaat di TUNAS, terus ambik Iman. Horey..... Iman balik umah seminggu...
No comments:
Post a Comment