Pagi ni aku ke SAR Wadi Kauthar sebab ada meeting pembentukan AJK PIBG SAR Wadi Kauthar. Sebelum ni memang tak ada AJK sejak aku hantar anak pertama ke sekolah agama nih. Tahun ni baru nak ditubuhkan. Dalam kepala aku dah ada nama dan calon yang sesuai untuk dicalonkan sebagai YDP PIBG.
Mesyuarat bermula dalam ajam 10.30am sebab menunggu kedatangan para ibubapa. Yang ramainya kaum ibu. Mungkin sebab kaum bapa ada yang masih bekerja pada hari sabtu. Jadi, selepas sedikit ucapan daripada guru besar, bacaan doa dan terus diadakan pemilihan. Aljun mencadangkan En. Mazlan Daiman dan En. Nashauddin sebagai calon YDP. Lepas tu En. Nashuddin mencadangkan nama aku untuk bertanding merebut jawatan YDP gak. Adeshhh... Aku ingat nak jadi AJK biasa jer.
Setelah dibuat pemilihan dengan undian mengangkat tangan, YDP adalah En. Mazlan Daiman dan aku sebagai Timbalan YDP. Beza undi aku dengan En. Nashuddin cuma 2 undi sahaja. Adushhh...
Apapun, aku terima sajalah apa sebab dipilih oleah ibu bapa. Kena panggil dengan panggilan USTAZ plak tu. Haghu...hanghu. Aku bukan ustaz... Aku baru nak startz... hehehe...
lepas tu diadakan beberapa pemilihan lagu untuk AJK daripada guru-guru dan para ibu bapa yang hadir. Meeting selesai dalam jam 12.00 tengahari. Lepas tu ada sedikit jamuan diluar kelas, bawah pokok. Kami santai-santai sambil makan kuih dan borak-borak.
No comments:
Post a Comment