Kita (manusia) hanya menumpang di bumi Allah. bila dah ada gelaran "menumpang", mestilah ada undang². kalau ada orang menumpang rumah kita, dan orang menumpang tu lawan tuan rumah, tak ke kurang ajar? samalah teorinya bila kita menumpang di bumi Allah. tak ikut hukum hakam, kurang ajar dengan Allah. Tak reti bahasa ke guane?
-UAI-
Kadang manusia itu lupa sebab itulah dia dinamakan MANUSIA. Manusia tak lari daripada sikap lupa dan banyak manusia yang lupa dia. Kadang-kadang menuduh orang itu menumpang tapi lupa bahawa dia juga menumpang. Lebih teruk lagi lupa diri yang dia tu menumpang di bumi Allah. Lupa akan siapa yang memberikan dia rezeki. Dia lupa bahawa kadang-kadang tu dia bekerja, dia ingat atas usaha dia tapi sebenarnya dia hanya menumpang rezeki orang. Lupa yang kalau oarang tak bagi dia kerja, dia tak dapat gaji. Dan gaji tu pulak bukan hak dia sebenarnya. Ada lagi yang berhak keatas gaji dia tu. Gaji tu kalau Allah tak rezekikan untuk dia, kerja sampai mati pun orang tak kasi. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat dangan jangan menjatuhkankan orang lain yang tidak mendapat lebih rezeki seperti dia.
Ingat ! Allah itu ada Iradat dan Qudrat. Maha Menentukan dan Maha Mengadakan. Qadar dan Qadar seseroang tu dah ditentukan. Mungkin hari ni dia MENUMPANG tapi mungkin dengan Iradat Allah, esok dia yang memberi TUMPANG kerana orang itu sedar diri yang dia hanya menumpang dia bumi Allah.
Nasib seseorang akan datang kita tak tahu. Jadi, jangan ingat orang yang miskin akan miskin sampai mati dan yang senang akan senang selamanya.
Bersyukurlah...
p/s : pesanan untuk diriku...
No comments:
Post a Comment