Tengahari hari ni aku bawak famili keluar makan tengahari di gerai depan MBR. Makan Nasi Mandy. Sebelum ni nak bawak anak jantan, Iman pergi makan Nasi Mandy dalam cuti sekolah hari tu tapi masa kami pergi tu gerai Nasi Mandy belum siap masak. Jadi, hari ni kena "qadha" semula janji tu.
Gerai ni biasanya bermula jam 11.30am. Kalau datang awal pagi, memang belum siap masak lagi. Dia tutup lepas Isyak. Tapi selalunya lepab magrib dah habis dan mereka dok berkemas nak tutup kedai dah bila azan Isyak berkumandang.
Nasi Mandy Arab - Ayam |
Nasi mandy ni memang peberet aku. Kalau kat gerai MBR ni aku suka Nasi Mandy Ayam. Ada gak Nasi Mandy Kambing tapi aku tak berapa suka sebab sikit jer lauk dia. Kalau ayam, daging dia besar skit. Ada satu tempat lagi yang ada menu Nasi Mandy Arab ni tapi jauh skit daripada KK. Nak pergi cuba juga Nasi Mandy Arab berlauk kambing yang ramai kata memang sedap tu.
Lepas siap makan, kami ke 1B. Nak pergi tengok mesin basuh. Pagi tadi mesin basuh buat hal lagi. Tak boleh nak "rinse" air keluar. Dulu dah jadi tapi masa tu adik ipar ada. Dia tolong baiki dan boleh la pakai. Sebelun tu rosak belting dia. Aku dah tukar baru dan dia berputar memang laju giler.
Di SenQ, 1Borneo. |
Kami ke SenQ. Intai-intai mana mesin basuh yang bagus dan murah serta boleh bayar ansuran. Kami ambil mesin basuh jenama Toshiba yang boleh muat 16kg. Senang skit boleh basuh toto dan kain-kain yang berat-berat. Hari Isnin ni baru kena hantar sebab esok cuti dan hari ni driver lori kerja separuh hari sahaja.
Habis urusan di SenQ kami pusing-pusing 1B. Pergi beli seluar sekolah Iman di Kamdar. Anak sulung plak minta nak jumpa kawan-kawan dia di Starbucks. AKu kasi RM20 untuk dia belanja. Lepas tu bawak anak-anak pergi Kedai Buku Popular. Anak bongsu nak beli buku.
Lepas Asar kami pergi ke Alam Mesra nak cari songkok Iman sebab songkok dia hilang di masjid sekolahnya. Tak ada saiz yang sesuai plak. Esok plak la nak kena pergi cari di MUIS.
No comments:
Post a Comment