9/3/2018 : 9.37am - Pasif Income ( Tidur pun duit masyuk) | My Youtube revenue report

Semak revenue report bulan Mac dari 1hb hingga 7 hb. Alhamdulillah... ada peningkatan walau tak banyak. Purata income kasar harian USD22.29 dan sehingga 7hb dan total USD156.05 berbanding dengan bulan lepas iaitu USD150.30 dimana ada pertambahan sebanyak USD5.75, tapi belum muktamat lagi. Kena tunggu result yang betul sebelum 15hb ni. 

Bulan lepas total kasar revenue ialah sebanyak USD668.77 dan kalau tak ada banyak perubahan, dan kalau nilai USD tak jatuh, dapat la merasa income RM2500++ daripada Youtube. Alhamdulillah.... Usaha yang tak mengecewakan. Dok diam dapat duit. Tidur pun duit masuk....

Alhamdulillah... semalam dan genap 10K subscriber dan pagi ni dah mencapai 10101 orang subscriber sejak channel ini dilancarkan pada 26 Februari 2017 yang lepas.

Video paling top di Channel Youtube NoorSham76 Productions ialah  MAKSUD TERSIRAT DALAM ADEGAN DI JETI PENAMBANG DALAM FILEM PENDEKAR BUJANG LAPOK.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...