Jumaat, 23/3/2018 8.30am, kami bertolak ke Kudat. Konvoi bersama Cikgu Rosmadi dan family dia. Kmai tunggu di di selepas persipangan Jalan Marabahai Spur. Jam 9.04am kami berkonvoi ke Kudat. Sepatutnya pagi Khamis kami bertolak tapi di sebabkan kereta Avanza Cikgu Rosmadi dilanggar orang, kena buat report dahulu. Ambil masa. Jadi trip ke Kudat terpaksa ditunda ke hari Jumaat. Arif, anak jantan Cikgu Rosmadi tak ikut sebab kerja. Ustaz Idham pun tak dapat ikut sebab dia pun ada hal. Jadi, kami konvoi 2 kereta sajalah. Sampai di Kudat dalam jam 11.45am. Kami terus pergi cari tempat penginapan.
Mula-mula kami ke Rumah Rehat Kerajaan. Full sebeb semua bilik dah kena booking. Ada majlis persandingan disana esoknya. Patut la di depan tu kami tengok dah siap pelamin. Kami ke Hotel UpperDeck. Ada bilik biasa jer. Bilik lain dah penuh. Jadi, kami ke hotel berdekatan iaitu Hotel Mozart. Ini hotel baru bukak. Jadi stay sini. RM128/night + RM50 untuk deposit. Sebelah bawah dia ada pasaraya dan restoran. Lepas bayar booking, kami ke masjid As Syakirin untuk solat jumaat. Lepas jumaat baru check-in.
|
Lepas solat Jumaat, kami lunch di Restoran Rakyat. Tapi sekali nak bayar, harga dia memang nak memampuskan rakyat. Makan bakso 8 mangkuk kena caj RM91.00 wooo... |
|
Bakso perut. RM8 semangkuk ? |
|
Baru check in bilik hotel. Luas gak. Ok la untuk kami 6 beranak. |
|
Cuaca panas dan silau. Main snap jer gambar... |
|
Ada papan tanda baru... Sebelum ni tak ada... |
|
Luv You Sayang... |
|
Ombak laut kuat wooo... Tak boleh turun ke bawah sana... |
|
Panas wooo.. Sib baik beli spec hitam di Kudat tadi... |
|
Kami disini... |
|
My Boys... |
|
My Girls... |
|
Gambar last di Simpang Mengayau sebelum balik ke Kudat. |
|
Makan malam dekat sebuah warung di Esplanad Sidek. Lama giler menunggu... |
|
Oklah.. buat alas perut.... |
|
Di lobi hotel.. |
|
Sapa-sapa ke Kudat, saya cadangkan boleh makan disini. Masakkan Semenanjung. Memang puas hati. |
|
Sarapan nasi berlauk daging. Sedap... |
|
Pasar ikan Kudat. Ikan murah-murah... |
|
Bersama hasil tangkapan di pasar ikan Kudat. Hehehe... |
No comments:
Post a Comment